Ditemukan : 1199 Record
dekak II
Pl pandai, bernasib baik
dekaliter
ukuran isi padu yg bersamaan dgn 10 liter atau 0.01 meter padu
dekam; berdekam, mendekam
1. duduk bersedia utk melompat (menerkam), duduk spt kucing (harimau) ketika hendak menangkap mangsanya, bertelut; 2. bp selalu berada di rumah, tinggal lama di satu-satu tempat, berpengap, meringkuk: dlm masa cuti sekolah, dia berdekam di rumah sahaja; 3. bp melekat, kekal (dlm ingatan dll): kemalangan ngeri yg kulihat tempoh hari masih mendekam di kepalaku.
dekameter
(dékaméter) ukuran panjang yg bersamaan dgn 10 meter
dekan
sj tikus buluh, Rhizomys sumatrensis; ~ kecil, Rhizomys pruinosus; bagai ~ di bawah pangkal buluh prb seseorang yg pandai menyimpan rahsia
dekan
(dékan) ketua sesuatu fakulti di universiti
dekang
bunyi spt bunyi burung mencatuk kayu (zink dll): dr jauh kedengaran bunyi ~ burung yg memecah kedamaian senja kampung Talang;
berdekang-dekang mengeluarkan bunyi dekang berkali-kali: burung-burung tukang galak ~ sepanjang malam.
dekap I → dakap
dekap II
Mn dekat, hampir;
mendekap 1. mendekat 2. melekat;
mendekapkan mendekatkan;
memperdekap menjadikan lebih dekat, memperdekat
dekar (dékar); mendekar
† bermain pedang;
pendekar 1. orang yg pandai bermain senjata; 2. askar dll yg gagah berani, pahlawan
dekat
1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir: rumahnya ~ dgn kedai; budak itu datang dan duduk ~ saya; Sungai Siput letaknya ~ sahaja dgn Kuala Kangsar; 2. hampir (bkn waktu, masa, jumlah, dll): siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya; wang yg dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit; 3. bp kata yg menunjukkan tempat, di: makan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu; 4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu): peperiksaan akhir tahun sudah ~; 5. rapat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dll), karib: penghulu kampung itu ~ benar dgn anak buahnya; dia itu saudara ~ saya;
~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk prb perkataan atau pengakuan yg dapat dibuktikan kebenarannya; ~ tak tercapai jauh tak berantara prb sesuatu yg diinginkan tetapi tidak berdaya utk mendapatkannya;
dekat-dekat bp dekat (tidak jauh) antara satu dgn yg lain, rapat-rapat;
berdekat 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl berhubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, bercampur: kesukaan itu selalu ~ dgn kedukaan;
berdekat-dekat, berdekat-dekatan 1. (berada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat;
berdekatan 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn);
mendekat 1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kpd seseorang: basikal penjual mi goreng itu semakin ~; 2. hampir tiba atau sampai: semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dgn serta-merta kerana serangan musuh telah ~; 3. mahu berbaik-baik;
mendekati 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, berhubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk melaksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan;
mendekatkan 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demikian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia;
memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dll), mempererat, merapatkan lagi: hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu;
terdekat dekat sekali, paling dekat: pelabuhan besar negara asing yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura;
kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dgn realiti; ~ penggunaan bahasanya kpd bahasa sehari-hari;
pendekatan 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.
deket
(dékét) Kl melekat (buah-buahan dll)
dekih; mendekih, mendekih-dekih, terdekih, terdekih-dekih
tertawa kecil
dekil
Jk selekeh, berdaki, kotor
deking
(déking) IB 1. bp tempat berlindung, lindungan, perlindungan; 2. bp cagaran: ketika meminjam wang tempoh hari, tanahnya dijadikan ~; 3. bp pelindung, penaung;
dideking 1. bp dihalangi, disekat; 2. dilindungi, dinaungi
dekit; berdekit, berdekit-dekit
ketawa kecil: Midah tidak menjawab pertanyaanku, hanya ketawa ~ sambil menundukkan kepalanya.
deklamasi
(déklamasi) pembacaan sajak dsb dgn lagu dan gaya: ~ sajak;
berdeklamasi membaca (sajak dll);
mendeklamasi menyampaikan (membaca) sajak dsb dgn lagu dan gaya: ~ sajak;
mendeklamasikan membacakan (menyampaikan) sajak dll utk didengari: dia telah ~ sajak-sajaknya sejak setahun yg lalu.
deklarasi
(déklarasi) 1. wang biaya (perjalanan dll); 2. pernyataan yg ringkas dan jelas (tentang sesuatu)
deknu
(déknu) Kl di sana, di sesuatu tempat yg lain
dekor
(dékor) 1. IB perlengkapan pentas (spt tirai, hiasan, dll) utk pertunjukan sandiwara; 2. gaya atau keseluruhan alat hiasan yg memberikan wajah tertentu kpd sesuatu tempat (spt bilik, rumah, dsb): sesuai dgn struktur pembinaannya, ~ banglo berwajah antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya.
|