Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.377
Hari ini : 22.876
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 504 Record
 < 1 2 3 4 >  Last ›
edar

(édar);

beredar, mengedar1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling itu sudah ~ beberapa hari dahulu; 3. berundur dr tempat seseorang itu berada (utk pulang, pergi ke tempat lain, dll), berpindah (beralih) tempat: tamat sahaja pertandingan itu, maka penonton pun ~ pulang; ~ dr meja makan ke tempat rehat; zaman ~ musim berubah prb keadaan sesuatu itu berubah-ubah dr masa ke masa;  

      mengedari 1. (bergerak) mengelilingi, melegari: bumi ~ matahari; 2. menjelajahi: ~ dunia dgn basikal; 3. menjalani sekitar: dibawanya saya ~ jalan-jalan raya di Kuala Lumpur;  

      mengedarkan, memperedarkan menyampaikan sesuatu drpd seorang kpd seorang lain dan seterusnya, mengelilingkan, menyebarkan: setiausaha kami telah ~ surat undangan mesyuarat kpd semua ahli; pelayan dlm jamuan itu ~ pinggan berisi kuih kpd tetamu sekalian; borang yg diperedarkan dahulu mesti dikembalikan pd hujung bulan ini; ~ wang mengeluarkan wang utk digunakan oleh rakyat;  

      edaran 1. = peredaran sesuatu siri perubahan (bkn keadaan, benda, dll) yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; ~ air edaran air menjadi wap, wap menjadi awan, awan menjadi hujan (air); ~ melambung meleset (Eko) perubahan keadaan ekonomi drpd keadaan makmur menjadi meleset, kemudian makmur kembali; 2. (sesuatu) yg diedarkan: surat ~;  

      peredaran 1. perihal beredar, gerakan yg berkeliling: ~ matahari; 2. perjalanan dr satu tempat ke tempat lain; 3. perpindahan (wang) dr tangan ke tangan (dlm masyarakat); 4. perkembangan drpd suatu keadaan kpd yg lain: ~ hidup; ~ dunia = ~ zaman perkembangan atau perubahan dunia (masa);  

      pengedaran perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengedarkan: ~ risalah;  

      pengedar 1. (Kej) alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam penyala silinder; 2. penjual barang-barang kpd penjual runcit atau pembeli: ~ buku. 

edema

(édema) (Ubat) kewujudan air yg berlebihan pd ruang antara tisu tubuh sehingga menyebabkan bahagian yg berkenaan kelihatan bengkak

edik

(édik) perintah, pengisytiharan, dll yg formal oleh pihak yg berkuasa

edisi
(édisi) 1. versi tertentu buku yg dicetak pd satu-satu masa: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. bentuk teks yg diterbitkan: ~ kulit keras; 3. keluaran surat khabar atau majalah berkala utk masa atau tempat tertentu: surat khabar ~ pagi
edit (édit);

mengedit menyunting (karangan, buku, dsb); 

pengeditan proses (kerja dsb) mengedit, penyuntingan; 

pengedit orang yg mengedit, editor

editor (éditor)
orang yg memperbaik (memperkemas) dan menyediakan karangan (makalah, buku, dsb) utk dicetak, penyunting, pengedit: mereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan pembaca
editorial (éditorial)

1. bkn dgn editor (dr segi tugas, tanggungjawab dsb): jawatankuasa ~ ; 2. rencana khas dlm akhbar dsb yg ditulis oleh editor, pengarang, atau penerbitnya utk mengutarakan pandangan atau ulasan tentang sesuatu persoalan semasa, lidah pengarang, rencana pengarang

EDP
kep electronic data processing (pemprosesan data elektronik)
ee (éé), eeh (ééh)
sr kata utk menarik perhatian (kerana hairan, terkejut, dll): ~ , jaga-jaga sikit ya!; ~, kalau tak silap, itu Encik Nasir! 
EEC
kep European Economic Community (Komuniti Ekonomi Eropah)
efek (éfék)
1. kesan: rancangan luar bandar jelas kelihatan ~nya di kampung-kampung; 2. IB surat yg boleh dicagarkan (spt bon, surat saham, dll)
efektif (éféktif)

da kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab (bkn ubat): satu sistem perkhidmatan awam yg ~ tidak akan wujud semata-mata kerana pelaksanaan disiplin yg kuat sahaja

a

efemeral (éfemeral)
(Bio) bkn tumbuhan yg menyelesaikan kitar hidupnya dlm jangka masa yg pendek, terutama tumbuhan di padang pasir
efendi (éféndi)
(Turki) tuan (sebutan bagi golongan bangsawan)
efisien (éfisien)

bkn individu, organisasi, mesin, dll yg boleh menjalankan tugas dgn cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga); 

keefisienan perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan: rasuah mengakibatkan turunnya ~ dlm pentadbiran 

efloresens (Bio)
proses berbunga atau tempoh berbunga
efluen (éfluen)
(Kim) sisa buangan cecair (spt bahan kimia, kumuhan, dsb) dr kilang, atau kumbahan yg mengalir keluar ke dlm sungai atau laut
EGA
kep enhanced graphics adapter (penyesuai grafik tertingkat)
egah

mulia;  

mengegahkan; ~ diri memuliakan diri 

(égah); mengegah berjalan dgn mengangkat bahu ke depan (kiri dan kanan berganti-ganti)

egalitarian (égalitarian)
bkn egalitarianisme
 < 1 2 3 4 >  Last ›