Ditemukan : 504 Record
egalitarianisme (égalitarianisme)
fahaman bahawa semua orang sama rata, dan dgn itu mestilah mendapat hak dan peluang yg sama: dlm keluarga Melayu amnya dan keluarga Islam khususnya, terdapat ciri-ciri ~ yg mendasari bentuk keluarga demokratik
egat †; mengegatkan
mengeratkan
egerang (égerang)
Jw jangkungan, kaki kayu
ego (égo)
persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaan ~nya sangat kuat;
keegoan perihal mementingkan diri sendiri: ia menceritakan segala kesenangannya, dan lebih jauh drpd itu memperlihatkan ~nya
egois (égois)
orang yg suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta bermegah-megah: sbg ~, kita tidak suka dikritik
egoisme (égoisme)
(Psi) sikap (kelakuan) yg mementingkan diri sendiri atau menganggap diri sendiri lebih penting drpd orang lain
egoistik (égoistik)
bkn orang yang mementingkan diri sendiri
egol (égol)
Jk;
mengegol mengungkit, mengumpil
egos (égos)
Jk;
mengegosi mengelak sesuatu, menghindari (dgn berbelok, menyisir, dll);
mengegoskan 1. membelokkan utk mengelakkan sesuatu (kereta dll); 2. mengelakkan (pukulan, tikaman, dll).
egosentrik (égosentrik)
(Psi) bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain).
egotisme (égotisme)
(Psi) perihal mementingkan diri sendiri
eh (éh)
sr kata utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): “~, dulu di sinilah dia tinggal! Sudah dipindahkan dia agaknya?”
ehem (éhém)
1. bunyi batuk kecil; 2. sr kata utk menyatakan tahu akan sesuatu (rahsia dll): ~, aku tahulah!
Ehwal (éhwal)
hal, kejadian: ~ semasa
Eja (éja);
mengeja membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dlm sesuatu perkataan: ~ perkataan sama ialah s-a-m-a;
pengejaan perihal mengeja
ejaan
kaedah atau cara menulis perkataan dgn huruf: penyelarasan ~ khususnya tertumpu pd kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dll);
ejan I; mengejan
meneran (apabila membuang air besar, ketika perempuan hendak bersalin, dll); rejan I
ejan II
Mn; mengejan, mengejan-ejan memaksa(-maksa), mencari-cari
ejek (éjék);
mengejek mempersendakan (mempermainkan, mentertawakan) orang (dgn mengajuk, mengeluarkan kata-kata yg memarahkan dll), memperolok-olokkan, mencemuh, menghina, menyindir: engkau yg ~ dia tadi, sebab itulah ditempelengnya engkau;
berejekan ejek-mengejek antara satu sama lain: antara mereka saling ~
ejekan perbuatan mengejek, cemuhan, olok-olok (utk menghina), sindiran: saya sudah lali dgn ~ mereka semua
ejen (éjen)
1. orang (syarikat dsb) yg menjalankan perniagaan utk orang lain, wakil penjual: barang-barang gudang kalau dibeli drpd ~nya tentu lebih murah; 2./b> orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll): beberapa orang ~ musuh telah ditangkap sebelum mereka sempat melakukan kerja menyerobot; ~ provokasi ejen rahsia yg digaji utk memprovokasi orang yg disyaki melakukan perbuatan salah
|