Ditemukan : 504 Record
ejing
sj permainan
ek (ék)
bp berlagak (menunjukkan kemegahan, keangkuhan, dsb): walaupun dia tidak mempunyai kerja, dia selalu ~
eka (éka)
(Sanskrit) esa, satu, tunggal (digunakan dlm beberapa kata majmuk)
ekaatom
(ékaatom) (Kim) mempunyai satu atom
ekabahasa (ékabahasa)
1. (bkn kamus) dlm satu bahasa (keseluruhan kandungannya, iaitu perkataan dll yg ditakrif, takrif, serta maklumat lain yg diberikan): Kamus Dewan ialah kamus ~; 2. (bkn orang) mengetahui atau boleh bertutur dsb dlm satu bahasa sahaja (biasanya bahasa ibundanya);
berekabahasa dapat bertutur dlm satu bahasa sahaja: kelas peralihan utk murid-murid yg ~ Melayu
ekafungsi (ékafungsi)
mempunyai satu fungsi
ekahala (ékahala)
mempunyai atau mengikut satu hala sahaja
ekamatra (ékamatra)
1. mempunyai satu dimensi, berukuran satu; 2. baris puisi yg mempunyai satu kaki matra sahaja
ekapaksi (ékapaksi)
mempunyai satu paksi
ekar (ékar)
ukuran luas yg bersamaan dgn 4840 ela persegi atau 4046.86 meter persegi
ekasuku (ékasuku)
(Lin) mempunyai satu suku kata (bkn perkataan)
ekawarna (ékawarna)
mempunyai satu warna
ekeh (ékéh)
Mn; terekeh-ekeh terngap-ngap, termengah-mengah
ekologi (ékologi)
kajian tentang hubungan antara organisma hidup dgn persekitarannya
ekonometri (ekonométri)
penerapan ilmu matematik dan statistik bagi menyelesaikan masalah dan teori ekonomi
ekonomi (ékonomi)
1. ilmu bkn pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan: beberapa orang penuntut ~ sedang membantu Kementerian Buruh menyelidiki keadaan pengangguran sekarang ini; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang ekonomi; 2. sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan, dll) sesebuah negara: langkah-langkah perlu diambil dgn segera utk mewujudkan ~ yg lebih menguntungkan rakyat jelata; 3. keadaan kekayaan atau kebendaan: pertentangan kaum pasti menghancurkan ~ negara yg maju ini; 4. bp urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang, dll) dlm rumah tangga; 5. bp hemat, kehematan; ~ kebajikan cabang ekonomi yg memperhitungkan asas-asas ekonomi dr segi kebajikan masyarakat;
~ makro makroekonomi; ~ mikro mikroekonomi; ~ pertanian cabang ekonomi mengenai pengeluaran (pembahagian dll) hasil pertanian; ~ politik cabang ekonomi yg menganalisis ekonomi berdasarkan pendekatan politik; ~ tak stabil ekonomi yg tidak tetap (pengeluarannya dll);
berekonomi 1. mengerjakan sesuatu dgn berdasarkan asas-asas ekonomi; 2. berhati-hati (menggunakan wang dll), berjimat, berhemat, bercermat;
berekonomikan berdasarkan sesuatu sbg sumber ekonomi: sistem politik yg berideologikan nasionalisme dan ~ kapitalisme;
keekonomian 1. keadaan berekonomi; 2. bp kecermatan, kehematan;
perekonomian hal atau kegiatan ekonomi
ekonomik (ékonomik)
bkn sesuatu yg menghasilkan keuntungan atau tidak merugikan, atau yg tidak melibatkan atau tidak menggunakan perbelanjaan, dsb yg membazir: usaha yg dijalankan setakat ini masih menghadapi banyak masalah, spt saiz ladang yg tidak ~
ekonomis (ékonomis)
Id, bp tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dgn membazir atau berlebihan
ekor I (ékor)
1. bahagian yg di belakang sekali pd tubuh binatang (biasanya spt menganjur keluar dr tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan): ~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung; burung merak mempunyai ~ yg cantik; 2. a) penjodoh bilangan utk binatang: dua ~ burung punai; empat ~ lembu; b) bk penjodoh bilangan utk anak: anak empat ~ tu, siapa yg menjaganya? 3. sesuatu yg menyerupai ekor: ~ layang-layang itu gunanya ialah supaya layang-layang itu tidak terjal; 4. bahagian yg paling belakang (pd perarakan dll): ~ perarakan itu baru saja lalu di sini; 5. bk pengikut, penganut; 6. = ekoran akibat (perkembangan dsb) drpd sesuatu peristiwa dll, lanjutan: perbincangan kali ini sebenarnya ialah ekoran drpd ceramah yg kita dengar dahulu; tindakan yg buruk spt itu takkanlah tidak ada ~nya nanti;
~ belangkas a) bayonet yg rupanya spt ekor belangkas; b) cucuk sanggul yg rupanya spt ekor belangkas; ~ buaya sj alat yg digunakan utk membuat keris; ~ cicak rambut yg berjuntai di antara telinga dan pipi; ~ kuda (fesyen) rambut perempuan yg diikat dan berjuntai di belakang spt ekor kuda; ~ lipas rambut pd lubang tengkuk; ~ lotong sj meriam kecil yg hujungnya (pd bahagian belakangnya) spt ekor lotong; ~ mata sudut mata kiri (kanan) yg di sebelah luar; ~ negeri hujung kampung yg di sebelah hilir; ~ pipi bahagian pipi yg di bawah sekali; ~ pulau hujung pulau yg di sebelah hilir; ~ tikus kikir yg panjang dan bulat (tidak bersegi);
~ anjing beberapa pun diurut akan dia, tiada juga betul = lurus-lurus ~ anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya = habis sepasu minyak ~ anjing, tidak akan lurus = hendak meluruskan ~ anjing prb orang yg bertabiat jahat itu bagaimanapun hendak diperbaiki tetap jahat juga; bagai lintah dipotong ~ prb sesuatu yg dilakukan dgn pantas; tiada tentu ~ kepala prb rupa orang yg gemuk dan buruk;
berekor 1. mempunyai ekor, ada ekor; 2. ki berterusan akibatnya (kesannya dsb), berpanjangan, berlanjutan: baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke dlm mahkamah;
berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang, berlarut-larut: kesal yg dirasa di hatinya ~ pula;
berekoran; ~ drpd terbit atau berlaku sbg perkembangan drpd sesuatu peristiwa, perkembangan, dsb yg telah berlaku, lanjutan drpd;
mengekor 1. bergayut (bergantung) spt ekor; 2. mengikut: cikgu Midah ~ di belakangnya; 3. mengikut atau menurut(i) sahaja (sesuatu yg dilakukan oleh seseorang), meniru: penulis kita ~ sahaja, menurut jalan yg sudah ditebang dan ditebas oleh tokoh-tokoh sastera yg lain; kami angkatan baru pantang ~;
mengekori mengikut(i) atau menyertai dr belakang: Leman hanya membuntut orang tua itu spt anak manja ~ ibunya;
ekoran akibat atau perkembangan seterusnya yg timbul drpd sesuatu peristiwa dll, lanjutan (drpd sesuatu yg telah berlaku);
pengekoran perbuatan dsb mengekori (menerima dan mengikuti sahaja): dia tidak dapat menerima realiti begitu sahaja, dia membantah ~ tersebut;
pengekor pengikut, penganut
ekor II (ékor)
~ angin sj tumbuhan (herba), daun sejumbuk, Plantago major; ~ kucing sj tumbuhan (herba), Dysophylla auricularia; ~ kuda a) sj tumbuhan (pokok), jati bukit, Dacrydium beccarii; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Cernonia cinerea; ~ kuning sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~ landak sj tumbuhan (herba), Staurogyne comosa; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), Justicia betonica; pokok ~ anis = pokok ~ anjing = pokok ~ kucing sj tumbuhan (pokok), Uraria crinita; (pokok) ~ anjing sj tumbuhan (pokok renek), pokok korat tanah, Uraria lagopoides
|