Ditemukan : 504 Record
embat; mengembat
menyebat atau memukul dgn benda spt rotan dll
embek (émbék)
bidai dll utk melindungi sesuatu drpd cahaya matahari
embek I (embék)
1. bunyi kambing; 2. bp kambing;
mengembek mengeluarkan bunyi embek (kambing dll)
embek II (embék)
bp bibi(k)
embel
Jk paya yg penuh dgn berbagai-bagai tumbuhan
(émbél) Jw; embel-embel, embel-embelan tambahan yg kecil-kecil (tidak begitu penting);
mengembel-embeli menambahi dgn sesuatu yg kecil-kecil atau tidak begitu penting
ember (émbér)
Id sj timba (drpd besi dll) utk menimba air, baldi
embih
† panggilan kpd anak perempuan baik-baik
embok
Jw 1. emak; 2. = ~ ayu kakak
embol (émbol)
Id; mengembol berbenjol, berjendul
embrat (émbrat)
Jk sj perkakas spt cerek besar utk menyiram pokok bunga dll
embrio (émbrio)
(Bio) 1. kandungan ibu dr satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan, mudigah, janin; 2. janin haiwan pd peringkat awal pembesaran sebelum lahir: pemindahan ~ drpd seekor haiwan ternakan kpd haiwan yg lain
embriologi (émbriologi)
(Bio) salah satu cabang ilmu perubatan yg mengkaji perkembangan embrio
embuai
sl panggilan kpd dayang istana (perempuan yg bekerja di istana)
embuh I
mahu, ingin: maka Bendahara Seri Maharaja berkata, “Budak-budak ~kah memandang emas?”;
embuh-embuhan; ~ tuah untung-untungan
embuh II; embuh-embuhan
sungguhpun, meskipun
embuh-embuhan
~ tuah untung-untungan
embun
1. wap air yg turun pd waktu malam (kerana sejuk); 2. wap air yg telah mengendap menjadi titik-titik (pd daun dll);
~ asap kabus atau embun halus spt asap pd malam hari; ~ betina = ~ rintik embun yg kecil-kecil titiknya; ~ jantan = ~ lebat embun yg besar titiknya; ~ pagi kabut pd waktu pagi; kering ~ waktu apabila embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi);
spt ~ di hujung rumput prb tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dll); spt ~ di atas daun prb selalu berubah (maksud, niat, tujuan);
berembun 1. diliputi embun, disaput embun: rambutnya masih ~; 2. tidur di luar rumah dll (pd malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dll pd malam hari (hingga kena embun): ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam;
mengembun 1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yg halus: malam sudah sejuk dan udara mulai ~; 2. spt embun, menyerupai embun;
mengembuni mengenai sesuatu dgn bertitik-titik: air matanya ~ gambar suami yg terletak di depannya;
mengembunkan, memperembunkan meletakkan atau mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena embun: ~ mengkuang pd waktu malam
embun II
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Lecananthus erubescens;
embun-embun sj tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas laut, Scaevola frutescens
embun III
pisang ~ sj pisang yg besar dan manis, pisang bunga
embun-embun
sj tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas laut, Scaevola frutescens
|