Ditemukan : 504 Record
embut; mengembut
menarik atau mengangkat tali (kail dll) perlahan-lahan;
mengembut-embut, terembut-embut bergerak-gerak turun naik (spt nadi, ubun-ubun kanak-kanak, dll), bergembut-gembut, terkemut-kemut, berdenyut-denyut
emeritus (éméritus)
bkn seseorang yg telah bersara tetapi mengekalkan gelarannya sbg suatu penghormatan: profesor ~
emigran (émigran)
orang yg meninggalkan negerinya utk menetap di negeri lain
emigrasi (émigrasi)
perpindahan ke negeri lain utk menetap di situ;
beremigrasi meninggalkan negeri sendiri utk menetap di negara lain
emisi (émisi)
pemancaran, penyinaran (cahaya, sinaran, dsb)
emolien (émolien)
sediaan atau bahan yg mempunyai kesan yg melembutkan dan menyamankan apabila disapu pd kulit
emolumen (émolumen)
wang atau bayaran yg diperoleh drpd sesuatu pekerjaan, gaji
emong
Jw; mengemong mengasuh
emosi (émosi)
perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis;
beremosi mempunyai emosi: peluang komunikasi spt itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~
emosional (émosional)
cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan: pd waktu begini, perasaan muda-mudi amat sensitif dan ~ sekali
emotif (émotif)
berhubungan dgn emosi: pembangunan merupakan suatu perkataan yg ~ sifatnya
empal
Jw daging goreng
empang I
1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang: malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui);
berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;
mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan; 3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang;
terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah;
pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;
pengempang empang(an)
empang II
Pr; empang-empang gila bahasa, agak ganjil (kelakuan atau perangai)
empap
Mn 1. campak, lempar, hempas; 2. = berempap bermain judi dgn melambungkan atau melemparkan wang ke atas;
pergi ~ pulang eban Mn prb (perihal berjudi) tidak menang, tidak kalah (pulang modal);
mengempapkan menghempaskan, menjatuhkan kuat-kuat;
terempap jatuh terhempas atau tertiarap
empar (émpar);
mengempar hanyut keluar dr arah yg dituju (bkn perahu dll), menyerong keluar, bergerak (berpusing) keluar dr pusatnya; berjalan ~ berjalan dgn kaki membuang (melangkah) keluar;
pengempar; alat ~ sj mesin yg berputar ligat (utk mengasing-asingkan benda-benda pejal drpd cecair atau cecair drpd cecair yg lain)
empat
bilangan tiga dicampur satu (4, IV); ~ belas bilangan sepuluh ditambah empat (14, XIV); ~ puluh empat kali sepuluh (40, XL); ~ ratus empat kali seratus (400, CD); ~ besar empat negara yg berkuasa (empat orang dll yg berpangkat); ~ likur † 24; ~ penahap (penjuru) alam = ~ tepas dunia empat arah yg ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat); ~ persegi bidang yg empat seginya dan mempunyai sisi yg sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90° (segi empat sama); ~ ratus serba dua pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan yg banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain); ~ segi bidang yg seginya atau sempadannya empat;
~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela prb pertuturan orang yg bijak itu selalu tidak diketahui ertinya; ~ susu dua perut sl prb tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dll);
berempat yg empat jumlahnya, berjumlah empat: hari yg berikutnya orang ~ itu telah keluar;
berempat-empat tiap-t kan empat (isteri dll): kekanda sendiri telah rela ~ isteri kekanda Sultan; iap satunya (kumpulan, barisan, dll) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya: semua harus beratur ~; mereka pergi ~;
mengempat; ~ puluh hari berkenduri arwah (utk orang mati) pd hari yg keempat puluh setelah ia meninggal;
mengempatkan menjadi
perempat; se~ = satu ~ satu drpd empat bahagian yg sama banyak, suku (1/4);
memperempat membahagi kpd empat bahagian;
keempat (peringkat, bilangan, dll) yg nombor empat;
keempat-empat kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali;
perempatan 1. simpang empat jalan; 2. bahagian yg terdiri drpd suku sesuatu, suku bahagian drpd sesuatu
empati (émpati)
daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yg dikaji, dan rasa ~ terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat ~ terhadap orang yg menghadapi masalah dadah
empayar (émpayar)
1. negeri-negeri (biasanya luas) yg di bawah pemerintahan seseorang atau sesebuah negeri yg berdaulat; 2. pemerintahan beraja (atas alasan sejarah, prestij, dll) yg mempunyai maharaja (bukan raja) sbg ketua negara; 3. satu kumpulan syarikat yg biasanya dikawal oleh seorang yg berpengaruh ke atas sesuatu bidang kegiatan tertentu: McDonald berusaha membina ~ makanan segera;
berempayar mempunyai empayar (yakni ada negeri-negeri yg tertakluk di bawah pemerintahannya)
empedal → hempedal
|