Ditemukan : 504 Record
emas I
1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang (mengandungi 1/16 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia;
~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mahar (wang yg wajib diberikan oleh pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan); ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelai-helai; ~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~ lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum; ~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a) emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai emas yg halus-halus spt pasir rupanya;
~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masing-masing; bermimpi mendapat ~ takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas, kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua;
beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan;
mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;
mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;
keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik;
peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar
emas II
Jw 1. panggilan yg sama dgn tuan; 2. panggilan yg mesra (spt drpd isteri kpd suami dll); ~ merah panggilan kpd kekasih
emas III
sj ikan darat (biasanya dijadikan peliharaan), Carassius auratus
emat
IB bp sukatan atau ukuran (baju, seluar, dll)
embacang
sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg sangat kuat baunya), Mangifera foetida; ~ buruk kulit = busuk-busuk ~ prb nampaknya tidak pandai (buruk dll) tetapi yg sebenarnya pandai (baik dll); berbau bagai ~ prb sudah terdengar-dengar berita atau rahsia mengenai perbuatan jahat (maksud yg tidak baik); bacang, macang
embah
Jw nenek
embak (berlaku, terjadi, dll)
pd suatu ketika, sekali gus, semuanya
embal
lembap, belum kering betul;
embalan
air dll yg menyebabkan udara (tanah dll) lembap: tanah ini datangnya dr gunung berapi dan boleh menyimpan ~
embalau I
bahan spt damar yg dihasilkan oleh kelulut dan digunakan utk membuat piring hitam, bahan penebat, varnis, utk melekatkan keris (parang dll) pd hulunya dll, lak
embalau II
sj tumbuhan (pokok kecil), lada pahit, Brucea amarissima
emban I
kain pembalut badan (dada, susu, perut), tali pengikat atau pembebat perut kuda
emban II
Jw pengasuh
embar (Sunda) †; mengembarkan
menyiarkan atau menyebarkan maklumat (undang-undang dll)
embara → kembara
embarang → embarau
embarau
ban atau tambak (drpd tanah, batu, dll) yg kuat, atau kayu yg dicacak di tepi sungai atau laut
embargo (émbargo)
1. perintah drpd kerajaan yg melarang kapal perdagangan masuk atau keluar dr pelabuhan (biasanya dlm masa permusuhan); 2. larangan mengeksport barang dagangan yg tertentu dll ke sesuatu negara (biasanya dlm masa permusuhan dll)
embaru
sj tumbuhan (pokok), baru(-baru), bebaru, dedap laut, Hibiscus tiliaceus
embas
agak serupa dgn, seakan-akan
|