Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 334
Kemarin : 23.797
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 504 Record
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›
empu II
~ jari ibu jari tangan; ~ kaki ibu jari kaki
empu III
Sr yang empunya, pemilik
empuan
perempuan; engku (tengku) ~ panggilan kpd permaisuri (isteri raja); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk (orang besar)
empuk I

1. (bkn makanan spt ubi rebus dll) lembut dan senang dikunyah; 2. gebu, tidak keras dan tidak lisut: isteri mudanya terbaring di tilam ~; mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; 3. (bkn kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput; 4. (bkn suara) sedap bunyinya, merdu; batu pun ~, jangankan hati manusia prb hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis dan lemah lembut;  

      mengempukkan menjadikan empuk (melembutkan dll); 

      keempukan keadaan empuk, kegebuan: aku membaringkan diri di atas katil dan merasakan ~ tilamnya

empuk II
 Pr; mengempuk memukul (dgn sesuatu)
empul †; mengempul
(bkn perahu) terumbang-ambing (terapung-apung) tidak boleh mara kerana datang angin atau arus dr depan
empulur I
I  isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan jenis palma, spt kelapa, pinang, dll; mempulur II. 
empulur II
~ rimba sj tumbuhan (pokok), bungkal, simpuh gajah, Randia anisophylla; hempulur, mempulur I. 
empunya
1. pemiliknya, tuannya: harta pulang ke ~; 2. = empunyai † mempunyai, memiliki: tiap-tiap orang Lampung ada ~ kebun lada yg berisi seribu dua batang lada; barang siapa ~ untung, ia beroleh Sita Dewi; yg ~ (orang) yg punya (tuannya, pemiliknya); punya. 
emu
sj burung besar yg tidak dapat terbang, (terdapat di Australia dan seakan-akan burung unta ), Dromaius novaehollandiae
emulsi (émulsi)
(Kim) campuran dua atau lebih cecair yg tidak larut campur (mis lemak dlm susu); cat ~ sj cat yg pigmennya terampai, biasanya dlm resin sintetik, yg tersebar dlm air sbg emulsi
emunggai

 lemunggai

en (én)
ukuran yg sama dgn setengah saiz poin taip yg digunakan ataupun setengah em
En.
kep Encik
enak (énak)

1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~; 2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit;  

      seenak sama enaknya (dgn);  

      seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~ sahaja menuju ke selatan; 

      berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu;  

      mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu;  

      terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan dll);  

      enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;  

    keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain

enak-enakan

makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan

enakmen (énakmen)
undang-undang atau statut
enam

bilangan lima dicampur satu (6, VI); ~ belas bilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI); ~ likur sl † dua puluh enam (26, XXVI); ~ puluh bilangan yg besarnya enam kali sepuluh (60, LX);  

      berenam berjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya: jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah;  

      keenam yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~, hulubalang yg bernama Sutama;  

      keenam-enam semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang ke rumah

enamel (énamel)

1. lapisan cat dll yg berkilat pd permukaan logam dll (utk menghindarkannya drpd berkarat dll); 2. lapisan luar yg keras pd gigi

enap I = enapan

sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, endap, endapan; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak;  

    mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak, mengendap; 

      mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mengendapkan; 

            pengenapan proses mengenap
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›