Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 300
Kemarin : 23.797
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 504 Record
‹ First  < 13 14 15 16 17 >  Last ›
enap II

Mn diam;  

      mengenap, mengenap-enapkan memikirkan atau mempertimbangkan dgn teliti (sungguh-sungguh)

enau

sj tumbuhan (pokok), aren, kabung, Arenga saccharifera; 

      ~ memanjat (mencari) sigai prb perempuan mendapatkan (mencari) lelaki; ~ sebatang dua sigainya prb a) satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya; b) seorang perempuan yg menduakan suami; bagai ~ dlm belukar, melepaskan pucuk masing-masing prb tidak semuafakat dlm sesuatu perbincangan, hanya berpegang pd pendapat masing-masing sahaja; mati ~ tinggal di rimba prb jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi

enca
~-benca bercerai-cerai, bersepah-sepah
encal I; encal-encal
terloncat-loncat (kanak-kanak yg dipegang kedua-dua belah telinganya dan diangkat ke atas ke bawah) turun naik, encang
encal II; encal-encal
sl jangan tidak sahaja, tidak sungguh-sungguh atau hati-hati (berbuat sesuatu dll)
encang I
encal
encang II; mengencang
memukul (memalu) sesuatu dgn kerasnya
encer (éncér)

Jk 1. tidak keras dan tidak spt gas, cair; 2. bercampur air, tidak pekat atau kurang patinya (bkn cecair yg mengandungi sesuatu zat); 3. menjadi cair; 4. lekas menerima pelajaran, lekas faham;  

      mengencerkan menjadikan encer (cair, larut), mencairkan, melarutkan;  

enceran
cairan, larutan
encik

1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan kpd orang Cina asli;  

      encik-encik seorang Cina asli;  

      berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono!  

      memperencik memanggil encik (kpd seseorang): sekarang engkau yg patut saya perencik

encit
C sj kain cita
encok (éncok)

Jk 1. kaku atau kejang (pd kaki atau tangan); 2. sj penyakit sengal (sakit) pd sendi tulang dan otot

encot (éncot)
Jk incut, tempang, capik incut
enda
~-semenda Mn bermacam-macam perhubungan kekeluargaan yg terbit drpd perkahwinan: segala famili, baik saudara ayah, baik drpd pihak ibu, ~-semenda, ipar besan, terutama keluarga yg perempuan, hendaklah hadir melepas mempelai itu
endah (éndah)

= ~ akan peduli (akan), acuh: sedikit pun dia tidak ~ akan nasihat kawan-kawannya; ~ tak ~ tidak peduli langsung; tak ~ tidak peduli, tidak acuh;  

      mengendahkan memberi perhatian kpd, memandang penting (mustahak, berharga, dll), mempedulikan, mengacuhkan: dia tidak ~ larangan orang tuanya;  

      perendahan perhatian, penghargaan: segala adat lembaga bangsa Timur dapat ~ di kalbunya;  

      pengendahan perihal atau perbuatan mengendahkan

endak
bp 1. hendak; 2. tidak
endal; mengendal
1. menganjal, memantul; 2. mengasak, memadat, menjejal
endan (éndan); mengendan

menolak (orang dll) dgn badan (tangan dll)

endang (éndang)
sl 1. orang perempuan yg bertapa; 2. anak perempuan atau isteri orang yg bertapa
endap; endap-endap, endapan

sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);  

      mengendap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak;  

      mengendapkan membiarkan supaya mengendap (mendak); mendap, enap I

‹ First  < 13 14 15 16 17 >  Last ›