Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 319
Hari ini : 23.076
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 504 Record
‹ First  < 15 16 17 18 19 >  Last ›
endus Jk; mengendus

1. mencium atau menghidu (bau); 2. ki mencium, mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat, maksud, dll): konflik inilah yg sampai bocor dan diendus oleh orang surat khabar; aku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi lagi;  

    terendus ki tercium, diketahui: Yusof ragu sebentar, takut kalau-kalau ~ bahawa apa yg dikatakannya itu sekadar ingin memulai pembicaraan saja

endut; endut-endutan

Id,bp bergerak-gerak, berdenyut-denyut, berdebar-debar

enek
Jk berasa spt hendak muntah, muak, mual
enes Jw; mengenes

merana kerana berasa sedih atau pilu dlm hati;  

      mengeneskan memilukan, menyedihkan

enga
Jk tahu (faham, sedar akan)
engah; engah-engah, mengengah-engah, terengah-engah
 1. mengap-ngap, tercungap-cungap, termengah-mengah: setibanya di atas jambatan, ia menurunkan barang-barang itu dgn terengah-engah; 2. ki tergesa-gesa, cepat
engak
Id bingung, termangu-mangu
engap
Jk; engap-engapan terengah-engah, tercungap-cungap
engas
Jk bau busuk
engeh → engah
enggak I
Jk tidak: aku ~ takut
enggak II
tempat pulut (spt burung rupanya), katang-katang
enggan

tidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu; ia ~ berjalan dgn Ramli; 

      ~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak); 

      ~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya;  

      enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu;  

      mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjutkan pekerjaan itu;  

      keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka

enggang I

sj burung dlm famili Bucerotidae (yg ada cula di atas paruhnya yg besar), burung jawa;  

      ~ belantara sj burung, Rhyticeros plicatus; ~ belukar = ~ buluh sj burung, Anorrhinus galeritus; ~ bulu = ~ jambul putih sj burung, Berenicornis comatus; ~ papan sj burung, Buceros bicornis; ~ lilin = ~ kenyalang sj burung, Buceros rhinoceros;  ~ apa kpd ~, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masing-masing menjaga sendiri); ~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dll kejadian itu; burung pipit sama ~ , (mana boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak sama padan, manakan boleh selamat; makanan ~ hendak dimakan oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf (kesanggupan dll); (men)dengar(kan) cakap ~ prb mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya; pipit meminang anak ~ prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya (besar-besar dll) tentu tidak munasabah; selama ~ mengeram prb lama benar; yg ~ sama ~ juga, yg pipit sama pipit juga prb berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan, taraf, dll)

enggang II
pokok ~ sj tumbuhan (pokok), Knema geminata
enggat
senggat, had, hingga, takat
enggeh

(enggéh) Jw ia

engget (énggét)
Jk; mengengget mengait (buah dll)
enggil †; berenggil, berenggilan
bergerigis, bergerigi
enggokan (énggokan)
Jw selekoh atau kelok (jalan, sungai, dll)
‹ First  < 15 16 17 18 19 >  Last ›