Ditemukan : 504 Record
epolet (épolét)
tanda pangkat dll yg dipakai di bahagian bahu pakaian seragam, terutamanya pakaian seragam tentera
epos (épos)
puisi (sajak) pahlawan yg diperturunkan dr mulut ke mulut
epsom (épsom);
garam ~ serbuk putih (magnesium sulfat hidrat) yg digunakan sbg julap
era (éra)
1. jangka masa tertentu (yg lama) dlm sejarah: penelitian rekod dr ~ penjajahan dan revolusi; 2. jangka masa tertentu yg dianggap mempunyai sesuatu keistimewaan: beberapa pandangan utk ~ baru perjuangan; ~ perkembangan seni lukis; boleh dikatakan tahun 1920-an dan 1980-an merupakan ~ peluasan penjajahan Amerika
erak † lelah
(érak); bererak, mengerak 1. berpisah atau bercerai (drpd), bergerak perlahan-lahan; 2. berurai atau menjadi lepas dan terbuka (lingkaran rotan dll);
mengerak, mengerakkan 1. menguraikan, melepaskan atau membuka (lingkaran rotan, dawai, dll); 2. menceraikan atau memisahkan
eram; mengeram
1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap (spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama;
mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur);
~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung; seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg saksama;
mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dgn mengerami);
pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;
pengeram = mesin ~ sj alat yg mengeluarkan haba utk menetaskan telur; ram III.
erang
= erangan keluhan atau rintihan (kerana kesakitan dll): ia mendengar terus-menerus ~ isterinya pd malam sepi itu;
mengerang 1. mengeluh kerana kesakitan, merintih: ia mendengar suara ayahnya ~ kesakitan; 2. ki mengeluh (merintih) kerana menderita dll: di kampung-kampung Melayu, banyak orang yg ~ tidak makan
erang I (érang)
sl hitam, biru kehitam-hitaman
erang II (érang)
~-erot tidak lurus, herot-berot, bengkang-bengkok
erat
1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;
mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll;
mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;
keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam;
pengerat seseorang atau sesuatu yg mengeratkan: ~ hubungan
erau (érau); mengerau
menziarahi (ke rumah orang mati)
ercis (ércis)
IB sj kacang kara
ere (éré)
Kl,Tr kehendak, kemahuan: kamu jangan ikut ~ dia sangat, nanti dia mengada-ngada
ereh (eréh)
Jw, †; mengereh memerintah, mengemudikan
erencanaan
perihal merencanakan, perancangan: pelajaran yg menjadi kegemaranku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~;
erepsin (érépsin)
(Bio) sj enzim dalam usus kecil
ergonomik (érgonomik)
kajian tentang hubungan antara pekerja dgn persekitaran tempat kerja, spt aspek-aspek kejenteraan, peralatan, dan keadaan kerja
erik; mengerik
memekik, menjerit, mendering (bkn gajah), merengkik (bkn kuda)
eritrosit
(Bio) sel darah merah
erkambi
memakai kambi, berbingkai
|