Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.270
Hari ini : 20.700
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 504 Record
‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›
enteng (énténg)

ringan, mudah;  

      mengentengkan meringankan, memudahkan;  

      mengenteng-entengkan menganggap mudah (ringan): G. Eton ~ bidang ini; 

      entengan sesuatu yg dianggap ringan atau mudah: hasil sastera itu ~ sahaja, sulitnya tidak seberapa;  

      keentengan keringanan, kemudahan

enteritis (énteritis)

(Ubat) radang pd usus (terutamanya usus kecil) yg dicirikan dgn cirit-birit

entigis (éntigis)
Sr bahagian sungai yg paling hulu: kawasan ~ sungai Rejang akan dibangunkan sbg tempat pelancongan
entiti (éntiti)
sesuatu yg mempunyai kewujudannya yg tersendiri: seterusnya sbg data kajian, sastera harus diamati sbg ~ yg bebas drpd konteks sejarah
entomologi (éntomologi)
kajian tentang serangga
entong
Jk panggilan kpd anak lelaki
entot (éntot)
Jk; mengentot bk bersetubuh (dgn)
entre (éntré)
IB, bp belanja masuk (utk melihat sesuatu pertunjukan), wang pertaruhan (spt yg dibayar dahulu ketika menjadi ahli persatuan dll)
entrepot (éntrepot)
1. gudang utk barang-barang perdagangan; 2. pusat perdagangan, biasanya bandar pelabuhan, yg menjadi tempat mengimport dan mengeksport semula barang-barang dagangan
entri (éntri)
1. perkara (butiran, maklumat, dll) yg dimasukkan ke dlm sesuatu senarai (rakaman dll): semua ~ disusun mengikut susunan abjad; 2. karya (ciptaan dll) yg dikemukakan utk menyertai sesuatu pertandingan dsb: drpd beratus-ratus ~ cerpen, hanya 13 buah sahaja yg berjaya memenangi hadiah anjuran ESSO-GAPENA
enuresis (énurésis)
(Ubat) keluarnya kencing secara luar kawal, terutamanya sewaktu tidur
enzim (énzim)
(Bio) bahan kimia yg terdapat di dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan, dll) yg menyebabkan perubahan kpd bahan kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri: air liur mengandungi ~ yg boleh menghancurkan kanji dlm makanan utk dijadikan gula yg boleh larut
enzimologi (énzimologi)
kajian tentang enzim
EON
kep Edaran Otomobil Nasional Berhad
epak; mengepak

Id mengambil hak atas sesuatu yg mendatangkan hasil (faedah) dgn membayar wang (sewa dan cukainya), memajak

      mengepakkan menyewakan atau memajakkan hak buat masa tertentu atas tanah (bangunan, dll) yg mendatangkan hasil (faedah) dgn bayaran tertentu; 

      pengepakan perbuatan mengepak(kan); 

      pengepak orang yg mengepak

epal (épal)

sj pokok yg buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau, merah atau kuning dan boleh dimakan

epek I (épék)
tiang belat tempat mengikat bahagian atas dan bawah bidang belat
epek II (épék)
Jw sj ikat pinggang
epidemik (épidemik)
tercetusnya sesuatu penyakit yg menghinggapi banyak orang dlm sesuatu daerah pd sesuatu masa, wabak
epidemiologi (épidemiologi)
kajian tentang penyakit epidemik
‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›