Ditemukan : 254 Record
fantastik
1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata: tidak ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori; drama sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi; 2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan
FAO
kep Food and Agricultural Organisation (Pertubuhan Makanan dan Pertanian)
farad
(Fiz) SI unit bagi kapasiti arus elektrik
faraid
Ar; hukum (ilmu) ~ hukum (ilmu) berkenaan dgn pembahagian pusaka (dlm agama Islam)
faraj
Ar kemaluan perempuan
faraq
Ar perbezaan, kelainan; jauh ~ jauh bezanya; fariq
fardu
Ar kewajipan yg dituntut (ditentukan) oleh agama;
~ ain fardu bagi orang perseorangan (iaitu yg wajib bagi tiap-tiap orang Islam, spt sembahyang lima waktu, puasa, dll); ~ kifayah fardu bersama (iaitu yg wajib bagi orang banyak, mis mengebumikan mayat);
memfardukan menjadikan fardu, mewajibkan: sesungguhnya Allah s.w.t telah ~ ibadat puasa pd bulan Ramadan, bukan pd bulan-bulan lain
fariq
Ar berbeza, berlainan, terpisah; faraq
farisi
penganut aliran agama Yahudi zaman dahulu
farmakologi
sains atau kajian tentang ubat-ubatan, termasuk sifat, tindakan, dan kegunaannya
farmakopeia (farmakopéia)
buku yg mengandungi senarai ubat, disertai dgn maklumat tentang kegunaan, kaedah penyediaan, dos, dan formula setiap ubat yg disenaraikan
farmasi
1. kemahiran dan kegiatan (kerja) membancuh dan menyediakan ubat-ubatan; ahli ~ orang yg terlatih dlm bidang farmakologi, juruubat; 2. tempat ubat dan bahan-bahan perubatan diberikan, dispensari
farsakh
Ar, sl ukuran panjang yg sama dgn 3 batu atau 4.8 kilometer
farsi
sl Persia, Iran
fasa
peringkat atau tahap dlm rangkaian sesuatu perkembangan (gerakan, kegiatan, kemajuan, dll): projek tersebut dilaksanakan dlm dua ~, dan ~ pertama dimulakan pd tahun 1984
fasad
Ar kerosakan, kebinasaan, keburukan
fasakh
Ar 1. pembatalan nikah apabila puncanya disedari akibat tidak sahihnya nikah (spt perkahwinan adik-beradik seibu sebapa); 2. pembatalan nikah menurut keputusan kadi kerana sebab tertentu (spt suami gila, lemah tenaga batin, dsb) atas aduan isteri;
memfasakh menceraikan isteri (mengikut hukum syarak)
fasal
Ar 1. bahagian drpd bab seksyen tertentu dlm dokumen undang-undang: bab yg pertama terdiri drpd lima belas ~; pd ~ 18 perkara (9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi ketua; 2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara: yg dibincangkan itu ~ yg tidak penting; apalah kakanda gaduhkan ~ itu; 3. bkn hal, mengenai, perihal: ~ itu, serahkan saja pd aku; 4. kerana, sebab: terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat
faset (fasét) 1. permukaan yg diasah rata (pd permata atau kaca); 2. segi, sudut (drpd sesuatu perkara)
fasid
Ar 1. rosak, binasa; 2. batil (tidak sah): walaupun kandungan itu hasil drpd nikah ~
fasih
1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis;
memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan;
kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata
|