Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.443
Hari ini : 22.862
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 254 Record
 < 1 2 3 4 >  Last ›
faks

dokumen dsb yg dihantar melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; 

      memfakskan menghantar faks: mesej penting ini akan difakskan kpd semua pemimpin parti

faksimile (faksimilé)
salinan yg betul-betul menyerupai yg asal, spt gambar atau teks
fakta
1. sesuatu yg benar-benar berlaku; 2. sesuatu yg benar dan boleh dibuktikan; 3. maklumat tentang seseorang atau sesuatu
faktor

1. unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil: kekuasaan ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yg menyebabkan bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yg kukuh; 2. bilangan (nombor) yg kalau didarab menghasilkan bilangan yg tertentu: 3. adalah ~ drpd 12;  

      ~ pengeluaran faktor-faktor utk menghasilkan barang-barang; ~ pertengahan pengeluaran faktor yg menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh); ~ utama pengeluaran dua faktor (tanah dan buruh) yg menghasilkan barang-barang;  

      pemfaktoran (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan)

faktual
berdasarkan kenyataan: bersedia memberikan pendapat yg ~ dan ilmiah agar kebenaran dapat ditegakkan
faktur

IB senarai nama barang yg dijual (dikirim) dgn butir tertentu (spt harga, banyaknya, dll)

fakultas
Id fakulti
fakultatif

IB tidak diwajibkan (pelajaran dll)

fakulti

1. sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti: ~ perubatan; ~ sains; 2. wakil fakulti utk sesuatu pertandingan dll: pertandingan bola sepak yg akan diadakan minggu depan ialah antara ~ perubatan dgn ~ pertanian; 3. kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad: hanya manusia sahajalah yg mempunyai kesemua ~ ini; manusia itu ialah sejenis makhluk bermasyarakat yg selalu menggunakan ~ pemikiran yg kritis utk meneliti dan mendalami masalah masyarakatnya

falah
Ar kemenangan, kejayaan
falak
Ar 1. bulatan langit, lengkung langit, cakerawala; 2. = ilmu ~ kajian saintifik tentang bintang, matahari, bulan, dan planet yg terdapat dlm alam semesta; ahli ~ orang yg ahli dlm ilmu falak
falsafah

pengetahuan tentang pengertian yg dianggap sbg ilmu yg tertinggi yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain; ahli ~ orang yg ahli dlm falsafah, ahli fikir;  

      berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu: sekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan kemanusiaan; 

      kefalsafahan segala hal (sifat, ciri) yg berkaitan dgn falsafah: yg penting, adanya nada ~ di dalamnya

FAM
kep Football Association of Malaysia (Persatuan Bolasepak Malaysia)
FAMA
akronim bagi Federal Agricultural Marketing Authority (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
famili

1. keluarga: dlm ~ saya, anak yg diharapkan saya seorang; 2. kerabat, sanak saudara: hampir tiap bulan datang ~ku dr kampung; 3. salah satu kategori pengelasan benda hidup antara order dgn genus; 

    berfamili berkeluarga, berkerabat, bersanak saudara: aku sekarang telah kenal hidup ~

fana

Ar tidak kekal, lwn baqa; berpindah dr negeri yg ~ ke negeri yg baqa meninggal; 

    memfanakan sl meniadakan, memusnahkan: maha suci bagi Allah yg tinggi ketuhanan-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya dan lagi akan difanakan-Nya segala makhluk kemudian dijadikan-Nya; 

      kefanaanperihal (keadaan) tidak kekal

fanatik

(orang yg) keterlaluan pd sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dgn keagamaan): Hj. Samad sangat ~ dlm hal agama; 

   kefanatikan perihal fanatik: seniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia

fanatisisme
keyakinan (kepercayaan) yg amat kuat terhadap sesuatu
fani
Ar, sl dapat musnah (rosak, mati); fana
fantasi

1. imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan: utk dapat mencipta cerita yg baik, diperlukan ~; 2. ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan: pd kesimpulannya, semua drama adalah ~; 3. sesuatu yg dibuat (dipakai) utk perhiasan (bukan utk kegunaan sebenarnya); 

      sapu tangan ~ sapu tangan utk perhiasan; saku ~ saku yg tidak digunakan (hanya utk perhiasan sahaja);  

      berfantasi berkhayal, berangan-angan;  

      memfantasikan mengkhayalkan, mengangan-angankan  

 < 1 2 3 4 >  Last ›