Ditemukan : 254 Record
fasik → fasiq
fasilitator
orang yg membimbing (memandu) sesuatu program pembelajaran dan pengajaran: guru harus berperanan sbg ~ supaya pelajar dapat dipimpin utk menghasilkan sesebuah karangan yg baik
fasilitet (fasilitét)
IB kemudahan (utk mengerjakan sesuatu dll)
fasiq
Ar 1. tidak mempedulikan perintah Allah: golongan yg ~; 2. berdosa besar, buruk (jahat) perangai: jangan gila hendak membuat kerja yg ~ itu; 3. orang yg berdosa besar (buruk kelakuan, jahat); 4. gila;
memfasiqkan mengira (menganggap, mengatakan, dll) fasiq;
kefasiqan perihal fasiq, kejahatan, kegilaan: hijrah drpd kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kpd ketaatan, kemakrufan, dan kesolehan
fasis
penganut faham nasional yg didasarkan pd pemerintahan yg bertindak atas kekuasaan drpd hak-hak demokratik
fasisme
sistem (pandangan) politik puak pelampau yg berhaluan kanan yg bersifat diktator (spt yg kelihatan di Itali buat pertama kali antara 1922 hingga 1943)
fata morgana
1. sesuatu yg bersifat khayalan 2. sj logamaya
fatah
Ar pembuka; ya ~ alkutub ya pembuka segala hati (Allah)
fatahah
Ar baris di atas (pd huruf Arab)
fatal
IB celaka, untung malang (kemalangan) yg tidak dapat dielakkan
fatalis
orang yg berserah atau bergantung sepenuhnya pd nasib
fatalisme
kepercayaan bahawa perjalanan hidup manusia itu ditentukan oleh nasib dan di luar kawalan manusia: kejujuran Moleire terhadap pembetulan masyarakat Perancis ialah dgn membetulkan ~ dan anarkisme yg terdapat dlm masyarakat
fatan
Ar cerdik, pandai
fatanah
Ar bijaksana (salah satu sifat Rasulullah s.a.w yg wajib dipercayai)
fatimah
akar (kacip, kunci, selusuh) ~ sj tumbuhan (pokok), pokok pinggang, tadah matahari, Labisia pothoina; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), akar seru malam, bawal hutan, Phyllagathis rotundifolia
fatir
Ar † tidak beragi (roti)
fatwa
Ar keputusan tentang sesuatu hukum agama (yg belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yg berwenang tentang keputusan hukum syarak);
berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dgn tiada berilmu pengetahuan;
memfatwakan memberikan fatwa
fauna (Bio)
seluruh binatang yg hidup di sesuatu daerah tertentu: hutan lembap tropika mengandungi setengah drpd hidupan liar, flora, dan ~ di dunia ini
FBI
kep Federal Bureau of Investigation (sebuah agensi pengadilan di Amerika Syarikat yg bertanggungjawab dgn penyiasatan kes jenayah)
Feb.
kep Februari
|