Ditemukan : 1622 Record
gertak II
Kl, Tr jambatan kecil dan pendek, titi
gertap → gerlap
gertik
bunyi yg lebih halus drpd ketak
gertuk
bunyi mengetuk-ngetuk;
menggertuk, menggertukkn menggoncangkan kuat-kuat: cubalah gertuk tikar itu.
geru; menggeru
meraung (gajah), mengaum (harimau)
geruai
lemah badan (kerana besar dan tinggi)
gerudi
sj alat utk membuat lubang (pd kayu dll), penggerek, penebuk lubang, gerimit;
menggerudi membuat lubang dgn gerudi
penggerudian perbuatan (kerja dsb) menggerudi
geruguh
Kd, Kl sj alat menangkap ketam dll (sj bubu)
gerugun
sj tumbuhan (pokok memanjat), Celastrus malayensis
gerugut
kasar dan berigi-rigi (tanduk kerbau dll).
geruh I
malang, celaka, nasib buruk, sial; ~-gerah berbagai-bagai kemalangan; ~ tak mencium bau prb kemalangan tidak dapat diketahui lebih dahulu;
kegeruhan kemalangan, kecelakaan
geruh II; menggeruh
1. mendengkur; 2. meraung, menggeru
geruit; menggeruit
berbelit-belit, geliang-geliut
geruk I; menggeruk
Membungkus buah-buahan (nangka dll) supaya tidak gugur
geruk II
~-gerak bunyi barang yg digeserkan di lantai dll.
geruk III
sj tumbuhan (pokok) dlm famili Hamamelidaceae, Symingtonia populnea
gerumit; menggerumit
membuat pekerjaan yg halus-halus, menggeropes
gerumuk; menggerumuk
duduk meringkuk (spt orang sakit), mendekam, meromok
gerumut
Jk; menggerumut berkerumun banyak-banyak (bkn semut dll);
menggerumuti mengerumuni
gerun
takut, ngeri, gamang: dia ~ dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka;
menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh;
penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~.
|