Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 809
Kemarin : 24.405
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 56 57 58 59 60 >  Last ›
gesau → desau
gesek (gésék)

gosok, geser: asah se~ sehari;  

bergesek bergosok, bergeser;  

menggesek menggosok (mata dll), menggeser (tali biola, gitar, dll): ~ mata;  

mempergesek-gesekkan menggosok-gosokkan, menggeser-geserkan (dua benda);  

gesekan hasil perbuatan menggesek;   

pergesekan perihal bergesek (bergosok);  

penggesek 1. orang yg menggesek; 2. alat utk menggesek (biola dll); 3. = ~ api Kl mancis

gesel (gésél)

gosok, geser;  

bergesel bersentuh (dgn), bergosok (dgn), kena-mengena: makan minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan; ~ bahu berhubungan erat, bergaul, bergandingan;  

bergeselan saling bersentuhan; 

gesel-menggesel saling menggesel; 

menggesel menggeser, menggosok: bola putih itu ~ bola biru;  

menggeselkan menggeserkan, menggosokkan: apabila tanduknya mula tumbuh, rusa itu ~nya pd batang-batang kayu;

tergesel tersentuh, tergeser, tergosok; ~ kena miang, tergegar kena rebas prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);  

pergeselan perihal bergesel: ~ personaliti juga boleh menimbulkan pelbagai masalah;  

geselan gesekan, geseran

geseng (géséng); bergeseng
bergesek kerana hendak bermanja; kalah adat dik muafakat, kalah kemat dik ~ prb tali perhubungan antara seorang laki-laki dan perempuan dapat dieratkan oleh pergaulan
geser (gésér); bergeser

1. = bergeseran bergeselan, bergosokan, bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu ~; 2. berengsot, beralih tempat: dia tidak ~ dr tempatnya;  

menggeser menggesel, menggosok: lututnya luka kerana ~ simen;  

menggeserkan mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot: ~ kerusi sedikit ke belakang;  

tergeser tergesel; ~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);  

geseran 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]);  

pergeseran 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan: sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran tempat, peralihan tempat;  

penggeseran perihal (perbuatan dsb) menggeserkan

gesper (géspér)

IB kepala tali pinggang (utk menyambungkan kedua-dua hujung). 

gestalt (géstalt)

(Psi) struktur sesuatu benda atau idea yg harus ditanggapi secara utuh kerana jumlah keseluruhannya tidak sama dgn jumlah pecahan-pecahannya

get (gét)
1. (Komp) peranti yang mempunyai satu saluran output dan satu saluran input atau lebih. Keadaan output ditentukan oleh keadaan input; 2. (Komp) salah satu elektrod pd peranti transistor yg digunakan dlm cip litar komputer; 3. = pintu ~ pintu pagar
geta I
takhta; ~ peraduan katil raja
geta II
Kl = galang ~ Kd balak penyangga papan lantai, gelegar
geta III
sl genta
getah I

1. cairan pekat yg keluar dr bermacam-macam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll: ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh; ~ lambung zat cair dlm perut utk pencernaan makanan (Latin succus gastricus); ~ bening zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan;  

~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll;  

~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baik juga drpd kerabat yg lain;  

bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll);  

menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;  

~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh;  

tergetah terkena getah

getah II
~ sundik sj tumbuhan (pokok), Payena havilandii; akar ~ sundik sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gerip putih, Leuconotis maingayi;  
getak I
Pn gugur (buah-buahan, gigi, dll).  
getak II
~-getuk bunyi ketuk-ketuk
getang I

benda tipis (kain, daun, kulit) yg diregangkan utk menutup sesuatu;  

menggetang 1. menutup dgn benda tipis yg dibentangkan; ~ muka menutup muka; 2. Kl mengikat, membelit, menyimpul;  

penggetang; kulit ~ kulit yg digetang pd gendang (rebana dll). 

getang II
sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan sbg ubat sakit gigi), Spilanthes acmella
getangguri
sj tumbuhan (herba), Sida rhombifolia
getap I

Mn pecah, rekah;  

menggetap memakan (mengunyah, menggigit) benda yg keras, mengatupkan (gigi, bibir) rapat-rapat: giginya digetap-getap, bibirnya kumat-kamit; ~ geraham berkertak gigi

getap II
Jw; getapan mudah terperanjat, lekas sakit hati
‹ First  < 56 57 58 59 60 >  Last ›