Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 1.950
Kemarin : 24.405
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 55 56 57 58 59 >  Last ›
gerundang

anak katak (spt ikan), berudu;  

~ tinggallah di kubangan prb jangan mencampuri pekerjaan orang lain; gedang ~ di kubangan, gedang ikan raya di lautan prb tiap-tiap orang besar mulia di tempatnya masing-masing

gerunduh
Tr lebat (buahnya)
gerung I; gerung-gerung
sj ikan laut, gerung belang, daing belang, Gnathanodon speciosus
gerung II

~-gerang bunyi spt bunyi pinggan mangkuk berhantukan

gerung III

Mn; menggerung mengerang (spt orang sakit), meraung;  

tergerung mengerang, meraung dgn tiba-tiba

gerunggung
sj tumbuhan (pokok), Cratoxylon formosum
geruning

sj binatang (macam cicak besar)

gerunyut; bergerunyut
menggeletar, gementar
gerup
belebas tempat dipasang sisir (pd perkakas tenun)
gerupuk

Mn; tergerupuk terperlus (ke dlm lubang, lumpur, dll), terperosok;  

menggerupukkan 1. menjatuhkan (ke dlm sesuatu), memerosokkan; 2. ki mencelakakan

gerus

sj siput yg cangkerangnya dipakai utk melicinkan dan mengilatkan kain, Cypraea tigris;  

bergerus dilicinkan dan dikilatkan dgn gerus: pemukaan kain tenun yg ~;  

menggerus menggosok dgn gerus (supaya licin dan berkilat);  

gerusan; kain ~ kain yg telah digerus

gerusan
kain ~ kain yg telah digerus
gerusih
= ~ jantan = ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), Randia racemosa
gerut I
bunyi spt bunyi kayu dikikir dll, bunyi bergesek
gerut II; gerut-gerut
= ikan ~ sj ikan laut, Pomadasys spp 
gerutu I = menggerutu
 kasap, kesat, berkerut-kerut (kulit pokok, binatang, dll): paip itu menggerutu spt limau purut; kerutu
gerutu II

sungut, comel: “ ... macam orang tak beragama,” ~ Haji Salihin;  

menggerutu bersungut-sungut, mencomel

gerutu III
sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, meranti gerutu, seraya putih berat (di Sabah), Parashorea spp
gerutup; menggerutup
(ber)bunyi meletup (spt bunyi mercun, senapang, dll) yg berturut-turut
gesa; gesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-gesa

bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya;  

menggesa, menggesa-gesa 1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dlm negerinya;  

menggesa-gesakan menyegerakan, mempercepat;  

gesaan kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak diendahkan;  

ketergesa-gesaan keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa membuat tempat berlindung dlm ~; 

penggesaan perbuatan menggesa: antara caranya ialah melalui diplomasi, ~, dan pembujukan.  

‹ First  < 55 56 57 58 59 >  Last ›