Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 838
Hari ini : 15.789
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 69 70 71 72 73 >  Last ›
gonjong

tirus (lancip) ke hujung atau ke puncak (spt bentuk bumbung rumah dll), runcing;  

bergonjong berbentuk gonjong; rumah ~ rumah yg bumbungnya tirus (lancip) ke puncak (spt rumah Minangkabau)

gonorea (gonoréa)
(Ubat) sj penyakit kelamin yg diakibatkan oleh virus Neisseria gonorrhoeae yg dijangkiti melalui persetubuhan, yg dicirikan dgn radang pd kemaluan dan tempat pembiakan, sukar kencing, dll. 
gonta

~ -ganti Jw † berganti-ganti, bergilir-gilir, beri-memberi

gontai

Mn perlahan-lahan, lambat (jalannya, langkahnya, dll), lemah (tidak berdaya): langkahku ~ menuju kereta tumpanganku; Rapiah berjalan ~ menuju ke dapur sambil suaminya terus mencerca;  

menggontai membuat sesuatu lambat-lambat, bergerak (berjalan) perlahan-lahan;  

mempergontai memperlambat;  

tergontai-gontai perlahan-lahan

gonyah
Kl; menggonyah menggonyoh, menggosok (utk mencuci): ~ lantai
gonyak †; menggonyakkan
mengejek, mencemuhkan; gonjak, gonjok
gonyeh (gonyéh); menggonyeh
1. mengunyah-ngunyah dgn gusi (spt orang tidak bergigi); 2. Kd menghancurkan (melumatkan) makanan di dalam mulut, mengunyah
gonyel (gonyél); menggonyel
1. menekan-nekan atau memicit-micit (tidak dgn kuat); 2. menggigit-gigit puting (mata) susu (spt anak kecil yg menetek), menggonyeh
gonyoh; menggonyoh
membersihkan (melicinkan) dgn berus dll, menggosok
gopoh

cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh;  

gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu;  

bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh- gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini;  

kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa)

gopong
sj bekas air drpd tempurung yg diberi bertali, sekul
gorak
Kl serak, kasar (suara)
gorden
IB tabir, tirai
gorek I (gorék)

korek api; ~ api gores api, mancis;  

menggorek-gorek = hati ~ hati menggeletek, berdebar-debar hati

gorek II (gorék) = gorek-gorek
sj tumbuhan, (pokok memanjat), Caesalpinia jayabo. 
goreng (goréng)

 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~ = minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak;  

menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tdk menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak;  

menggorengkan menggoreng utk: "Emak, gorengkan saya sebiji telur"; 

gorengan sesuatu yg digoreng;  

penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekankan ikan itu pd ~ supaya lekas masak.  

gores (gorés)

garis, calar, coret (corek); ~ api korek api, mancis;  

bergores, bergores-gores bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut);  

menggores menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan;  

menggoreskan menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja;  

tergores tergaris, tercorek; ~ dlm hati terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak ~ dlm hatiku derhaka kepadanya;  

goresan yg sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores;  

penggoresan perihal menggores, pencalaran, penggaritan;  

penggores alat (spt pisau dll) utk menggores; kores

gori I
buah nangka muda
gori II Kl; bergori
1. membeli mula-mula sekali (sebelum pembeli-pembeli lain); 2. menjual mula-mula sekali (kpd pembeli pertama)
gorila
sj mawas yg sangat besar, yg hidup di hutan bahagian tengah Afrika Barat, berbadan tegap, bermuncung pendek, dan berbulu kasar dan gelap, Gorilla gorilla
‹ First  < 69 70 71 72 73 >  Last ›