Ditemukan : 1622 Record
goroh
Mn; menggoroh menyembelih (lembu dll);
penggorohan penyembelihan; → gorok
gorok; menggorok
bk menyembelih;
penggorokan penyembelihan; goroh
gosip
cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain;
bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat: dia terpaksa menafikannya, mungkin setelah memikirkan dia sendiri suka ~;
menggosipkan memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sbg gosip
gosok
~ gigi Id ubat gigi; abu ~ sj abu utk menggilapkan camca, garpu, dll; ubat ~ ubat yg disapukan (disentalkan) pd tubuh;
bergosok 1. bergeser, bergesel, bergeseran; 2. sudah digosok (digilapkan): kemas rupanya dgn pakaian yg berseterika keras dan sepatu yg ~;
menggosok 1. membersihkan (menggilapkan dll) dgn tangan (berus, kain, dll), menggeser-geserkan (berus, kain, dll) pd sesuatu dgn keras, menyental: sbg orang gaji kerjanya ialah memasak, mencuci pakaian dan ~ lantai; 2. menyeterika (baju dll); membangkit-bangkitkan kemarahan, menghasut: jika tiada orang yg ~ tidak mungkin ia mahu melawan; 4. menggilap (mengasah, menyerodi) permata dll; 5. † menggesek (biola dsb);
menggosokkan, mempergosokkan 1. menggosok dgn (tangan, barang, dll), menggunakan sesuatu utk menggosok: Pawang Ahmad meramas limau serta ~nya ke badan orang sakit itu; 2. menjadikan bergeser, menggeserkan: sambil bercakap, orang India itu menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangannya;
gosokan 1. sesuatu yg sudah digosok, pakaian dll yg akan atau sudah diseterika; 2. perihal menggosok; 3. = gosok-gosokan ki hasutan; penggosokan perihal menggosok;
penggosok 1. alat utk menggosok; 2. orang yg menggosok
gosong I
timbunan pasir di pinggir laut atau di kuala sungai, busung
gosong II
hangus;
bergosongan † hangus, terbakar
gostan
undur (ke belakang)
got
IB saluran air, parit, selokan
gotel (gotél)
Kl; menggotel menjadikan bulat, menggenteli (adunan kuih dll)
gotes (gotés)
†; menggotes memetik (bunga dll) pd tangkainya, memutuskan (tangkai dll), menggentas
gotong; gotong-royong
tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersama-sama: sudah teradat bagi penduduk-penduduk desa itu bekerja ~ pd musim menuai padi;
bergotong; bergotong-royong mengusahakan (mengerjakan) sesuatu bersama-sama: orang kampung ~ membina jambatan dan jalan-jalan kecil;
menggotong membawa (sesuatu yg berat) bersama-sama orang lain (tidak seorang diri): ~ beras ke dlm kedai.
gotri
Jw peluru yg bulat-bulat kecil
gotrok
Jw gerabak kereta api utk mengangkut barang
gout (gaut)
sj penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yg menyebabkan sendi kaki (lutut, dll) menjadi bengkak
goyah
1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita;
menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu;
tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~;
kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II.
goyak; menggoyak
menggoncang, menggoyang(kan)
goyang I
1. bergerak, berayun-ayun: pohon kelapa itu ~ kerana ditiup angin kencang; kerusi ~ kerusi ayun (kerusi yg boleh digerakkan berbuai-buai); 2. ki tidak tetap (pendirian, keyakinan, dll), selalu berubah-ubah, goncang (keadaan politik dll): kedudukannya sbg menteri ~ kerana tidak ada kepercayaan drpd rakyat; keyakinan yg tidak ~ terhadap peperangan yg ditempuhi;
bergoyang 1. berayun-ayun, bergerak-gerak: daun yg ~ spt melambai-lambai aku memberi selamat bahagia; 2. sedang membuai-buaikan (mengayun-ayunkan); ~ kaki a) berayun kaki; b) ki bersenang-senang (hidup dgn tidak bekerja); ~ kepala bergeleng kepala (sebab sangat hairan dll); ~ lutut duduk dgn menggerak-gerakkan lutut;
menggoyang = menggoyangkan;
menggoyangkan 1. menggoncangkan, mengayunkan: ia ~ buaian itu utk anaknya; 2. menyebabkan selalu berubah-ubah (keyakinan, pendirian, dsb), menggoncangkan (kedudukan dsb);
tergoyang terayun, tergoncang;
goyangan goncangan, ayunan;
kegoyangan perihal goyang, kegoncangan
goyang II
kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung beras dan digoreng, kuih loyang, kuih ros
gPIM
kep Gabungan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia
gPMS
kep Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung
|