Ditemukan : 1622 Record
grad
IB darjat, tingkat, taraf
graduan
mahasiswa yg akan menerima ijazah pd hari penyampaian ijazah
graf
rajah yg terdiri drpd beberapa garis, titik, dsb utk memaparkan saling hubungan antara dua nilai atau lebih yg berubah-ubah;
menggrafkan menggambarkan dgn graf
grafik
1. maklumat atau paparan yg terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll (utk menyatakan atau menyampaikan idea dsb); 2. lukisan-lukisan (gambar-gambar dsb) pd susunan halaman majalah (buku dsb); 3. (yg) menggunakan atau terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll; ~ komputer kaedah penggunaan komputer utk mencipta, mengolah, memaparkan, mencetak, dll lukisan atau imej grafik
grafit (Kim)
sj karbon yg lembut dan berwarna hitam yg digunakan dlm pembuatan pensil, pelincir, dll.
graha
gedung
gram
sukatan berat yg bersamaan dgn satu per seribu kilogram
gramatis (Lin)
berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini sebaliknya tidak ~;
kegramatisan perihal gramatis, sifat gramatis, kepatuhan kpd atau ketepatan dgn tatabahasa: asas bahasa Melayu tinggi ditentukan oleh ayat-ayat yg dihasilkan oleh pengguna bahasa.
gramofon
alat utk memainkan piring hitam, peti nyanyi
granit (Geo)
sj batu igneus berwarna kelabu yg terdiri drpd feldspar, kuarza, dll dan banyak digunakan dlm pembinaan, spt bangunan dan jalan
grasi
IB ampun (maaf) yg diberikan oleh kepala negara (sultan dll) kpd orang yg kena hukum (bunuh dll).
gratifikasi
IB wang pemberian kpd pekerja di luar gaji yg ditetapkan
gratis
IB dgn percuma, tanpa bayaran apa-apa
gratuiti
ganjaran biasanya berupa wang yg diberikan oleh majikan kpd pekerja yg berhenti atau bersara sbg penghargaan kpd perkhidmatan yg telah diberikan
graviti (Fiz)
daya tarikan yg menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat sesuatu cakerawala spt bulan atau bumi
gred (gréd)
1. peringkat atau darjah nilai sesuatu mutu: telur ~ A; 2. pangkat atau tingkatan kelulusan yg dicapai (dlm peperiksaan tertentu): ~ satu (dua, tiga);
menggredkan menentukan gred (mutu);
penggredan perihal atau perbuatan menggredkan
gregat, greget
Jw kemahuan (membuat sesuatu)
grenad (grénad)
bom kecil yg dilemparkan atau ditembakkan ke arah sasaran dgn sj senapang;
menggrenadkan melemparkan atau menembakkan grenad
grepe (grépé)
Jk; menggrepe meraba-raba, memegang-megang
grid (Komp)
1. permukaan yg dirintangi silangan garis mendatar dan mengufuk yg sekata; 2. jadual hamparan elektronik yg terdiri drpd lajur dan baris; 3. garis paksi-x dan paksi-y yg berjarak sekata pd carta atau graf utk membantu pemplotan titik data
|