Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 664
Hari ini : 12.253
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 74 75 76 77 78 >  Last ›
gudi
1. sj cerana; 2. kalangan kapal; guri II
gudig

Jw kurap;  

gudigan menderita penyakit kurap, berkurap

gudik †; tergudik-gudik
tergerak-gerak (ekor kucing dll)
gudu; gudu-gudu
sj paip utk menghisap tembakau dll, hukah
gugah
Jw; menggugah 1. menjagakan (orang tidur), membangkitkan, membangunkan; 2. menggesa atau mencabar (supaya melakukan sesuatu dll), membangunkan, membangkitkan: melalui makalah ini, saya ingin ~ ahli bahasa, sasterawan, guru bahasa, dan pengguna bahasa utk menentukan pilihan mana yg betul dan mana yg salah. 
gugat I; menggugat

1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji;  

gugatan dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan;  

tergugat digugat: ketenteraman masyarakat telah ~;  

penggugatan perihal atau perbuatan menggugat;  

penggugat orang yg menggugat

gugat II

Id goncangan;  

menggugat menggoncang

guguh
Mn; mengguguh 1. mengetuk (pintu dll); 2. memukul (gendang dll)
guguk I
Mn bukit kecil, anak bukit
gugu
NS; menggugu 1. mendengking-dengking (menangis dll); 2. mengunyah, memamah biak (binatang dll)
gugup

1. riuh-rendah, gegak-gempita, hiruk-pikuk: apabila letupan bergemuruh maka di dlm rumah kedengaran ~ dgn raung dan tangis perempuan; 2. bingung, kehilangan akal; 3. gagap: ia kelihatan ~ dan teragak-agak dlm adegan itu;  

menggugupkan menjadikan gugup;  

kegugupan perihal gugup, kebingungan;  

penggugup orang yg mudah menjadi gugup

gugur

1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~; 4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan agung;  

~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga ~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur);  

berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua;  

menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut; 

keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2. melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~; 

pengguguran perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menggugurkan: ~ kata `dari` pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan.  

gugus

1. benda yg tumbuh banyak-banyak pd setangkai (buah-buahan), benda yg sama jenisnya (anak kunci dll) yg dikumpulkan dalam satu ikatan, rangkai, kelompok, tompok: se~ rambutan; 2. = gugusan serangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau;  

bergugus-gugus berkelompok-kelompok, bertompok-tompok (pulau, bintang, dll): setengah-setengah pokok kelapa itu sudah berbuah dgn lebatnya ~ pd tandannya;

gugusan sesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau. 

gugut
gelap~- Kl gelap-gelita 
gUI

akronim bagi graphical unit interface (antara muka unit grafik)

guih
Kd mancis
guilder
mata wang Belanda
guit; mengguit
1. menguit, menguis; 2. ki menyinggung, melanggar (hak dll); 3. = mengguit-guit bergerak-gerak (jari dll). 
gujirak, gujirat
Mn fitnah, umpatan, gunjing
guk
gema, gaung
‹ First  < 74 75 76 77 78 >  Last ›