Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 534
Hari ini : 12.449
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 75 76 77 78 79 >  Last ›
gul
† sl bunga ros, bunga mawar; ~ bakawali sj bunga yg kembang di tengah malam, kengwa, Epiphyllum oxypetalum. 
gula I

benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll);  

~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus;~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis;  

ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai);  

gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka;  

menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya;  

menggulai memberi bergula, membubuh gula pd; 

menggulakan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu

gula II
~ merah sj tumbuhan (pokok), api-api hutan, kayu gula, medang api-api, mungul tiup-tiup, Adinandra dumosa.  
gulai

masakan (daging, ikan, dll) yg berkuah: ~ ayam; ~ terung; ~ lemak gulai yg memakai santan yg banyak;  

~ lampau serai tentu maung prb perbuatan yg berlebihan tidak mendatangkan faedah; ~ sedap nasi mentah, nasi sedap ~ mentah prb sesuatu perbuatan atau perkataan yg tidak sempurna;  

menggulai membuat (memasak) gulai: ibuku sudah siap bertanak dan ~;

jikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri prb orang yg pandai dapat mengerjakan sesuatu dgn baik walaupun kelengkapannya kurang;  

gulai-menggulai pekerjaan menggulai; 

menggulaikan 1. membuat gulai utk orang lain; 2. = mempergulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: barang rendang direndangkan, barang gulai digulaikan;  

penggulaian 1. perihal atau perbuatan menggulai(kan); 2. barang apa yg digulaikan, masakan gulai: kalau babu itu memang enak ~nya.  

gulambai

Mn; si ~ sj hantu yg menyebabkan rumah terbakar; kelambai

gulana
gundah-~ sl sedih dan lesu
gulang I
Mn; gulang-gulang pondok kecil di sawah atau ladang, dangau
gulang II

sj tumbuhan (pokok), gelam tikus, kelat paya, samak bukit, Eugenia papillosa.  

gulat; bergulat

1. † bergolek; 2. bergomol, bergelut; 3. ki berjuang: utk mencapai cita-citanya dia rela ~ dgn sebarang ancaman;  

menggulatkan † menggolekkan;  

penggulatan 1. penggomolan; 2. ki perjuangan, perlawanan

gulet Jk → gulat
guli

bola-bola kecil drpd kaca (batu dll) utk permainan kanak-kanak, gundu, jaka, kelerang

guling

~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek);  

berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat;  

berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek;  

bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~;  

mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);  

menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya;  

terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas partinya ~;  

terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik; gulir

gulir → guling
gulma
Id rumpai
gulonggok
bergulung-gulung dr hujung ke pangkal (daun dan paku pakis)
guludan

Jw petak tanah yg telah digemburkan dan ditanam sesuatu

gulung

1. benda yg berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang drpd benda berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat: belat se~; dawai lima ~; ~ kain itu tidak betul diikat; 2. † gulung-gulung kayu yg melintang di antara kasau jantan dan kasau betina; ~ tikar ki bankrap (bkn perusahaan, perniagaan, dsb);  

gulung-gemulung = bergulung-gulung;  

bergulung 1. berada dlm gulung (spt kain, layar, dll): tatal ~ spt subang; 2. bergerak spt berguling (ombak, asap, dll); 3. melengkung ke atas atau ke bawah pd hujung atau tepi daun dll;  

bergulung-gulung 1. banyak gulung: membeli tikar ~; 2. bergerak spt berguling-guling: gelombang air datang ~; asap api ~;  

menggulung 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya;  

~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar;  

tergulung sudah digulung;  

gulungan lipatan berbentuk bulat torak: ~ belat;  

penggulungan perihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang;  

penggulung alat dll utk menggulung

gulut; bergulut, bergulut-gulut, tergulut-gulut

 tergesa-gesa, terburu-buru: dia makan ~ sebab hendak berangkat lekas;  

menggulut mendesak (orang) supaya berbuat sesuatu dgn segera, menggesa-gesa: mereka digulut pergi ke pasar sebab hari sudah tinggi.  

gum
bunyi spt bunyi meriam, degum
gumai
buah ~ sj tumbuhan (pokok), balam cubadak, gamai, nyatuh (bunga tanjung), taban bunga, Lucuma (Sideroxylon) maingayi.  
‹ First  < 75 76 77 78 79 >  Last ›