Ditemukan : 1622 Record
gumal
berkerumuk, ronyok (kertas, kain, dll), berkerut-kerut;
menggumalkan meronyokkan
gumam; bergumam
terkulum di dlm mulut (perkataan dll), berkemam: orang itu tersenyum ~; gelak ~ = senyum ~ ketawa (senyum) yg tertahan dlm mulut, tersenyum; berkata ~ bercakap dgn mengulum kata-kata;
menggumam mengulum (kata-kata) dlm mulut: “ Hmm ...” dia ~;
gumaman kuluman (kata-kata) dlm mulut: dia cuba bersuara, tetapi suaranya hanya ~.
gumba I
Id bincul pd dahi gajah, kumba
gumba II
Kl; menggumba membomba (air)
gumba III
alat utk mengepam minyak dll keluar dr bekasnya, pam;
menggumba mengepam minyak dll keluar dr bekasnya dgn gumba
gumbang
buyung besar
gumbar
hati pokok kabung (nipah dll)
gumbuk; menggumbuk
memujuk
gumpal
1. bongkah, bingkah, kepal (tanah, tembakau, dll): ekor arnab itu spt se~ kapas putih; 2. ketul (darah dll); 3. kepul (asap, awan);
bergumpal 1. berkepal, berketul, berkepul: butirnya ~ melekat menyebabkan tanah menjadi lembik; 2. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan;
bergumpal-gumpal berkepal-kepal, berketul-ketul, berkepul-kepul;
menggumpalkan mengepal dan merenyukkan;
gumpalan kepalan, genggaman
gumpung
kelompok belukar (pokok-pokok kecil)
gumuk; gumukan
bukit kecil
gun
Jw sj alat pd perkakas tenun utk memisahkan benang
guna
1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;
seguna; ~ sekaya harta benda yg diperoleh suami isteri bersama-sama (dibahagi-bahagi apabila bercerai);
guna-guna jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~;
berguna berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~;
menggunai, mengguna-gunai mengenakan guna-guna (ubat pengasih) pd;
menggunakan 1. = mempergunakan mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn: dia ~ kesempatan yg baik ini utk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dgn ~ kuasa elektrik;
mempergunakan 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yg memerintah;
gunaan bidang pelajaran yg ada kegunaan praktiknya: sains ~;
kegunaan 1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~ seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli; segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu;
pergunaan † 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal yg besar; 2. faedah, guna: Paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian;
penggunaan 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll);
kepenggunaan segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll): nasihat-nasihat ~;
pengguna orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya.
gunam
buah ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Chilocarpus costatus.
gunawan
sl 1. mempunyai sifat-sifat kebaikan; 2. berguna
guncak
sj tumbuhan (pokok), gocek, gunciak, gunci(a)n, Antidesma ghaesembilla.
gunci
gunjai, ikal (rambut)
guncip
gunting besar
gundah
1. dukacita, sedih hati: setelah meninggalkan negeri ini saya akan terus ~ sehingga saya dapat datang sekali lagi; 2. sl rindu: marilah Laksamana, kita hendak mendengar khabar Inderaputera, ~nya kita akan Laksamana;
bergundah berduka, bersedih: puteri bersedih ~ hati;
menggundahkan mendukakan, menyedihkan, menyayukan: hal apakah yg ~ hatikau itu?
kegundahan perihal gundah
gundak
~ api sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea.
|