Ditemukan : 1622 Record
gabir
Mn canggung, kekok
gableg
Jw †; tidak ~ tidak mempunyai
gabra
bp keadaan tidak tentu arah, kelam-kabut: dia kelihatan ~ apabila dimarahi oleh ibunya
gabuih
Kd; mengabuih menyapu (mengeringkan) dgn kain, mengelap
gabuk I
Jw 1. tidak berbuah, hampa (bkn padi dll); ~ besar tidak berisi tetapi besar; 2. tidak dapat beranak, mandul (bkn perempuan)
gabuk II
Mn; menggabuk melingkungi (spt mega mendung), meliputi: teman hidup ialah orang yg mengerti akan kepahitan hidup yg dihantarkan dan digabuk oleh kesusahan dr kecilnya
gabuk III
Pn gemuk pendek, montok, montel.
gabung
ikat, berkas: tiga ~ tebu;
bergabung 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu yg ~ ; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan (golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami;
menggabung 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan;
menggabungkan 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dalam satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia;
tergabung 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar;
gabungan 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi;
pergabunganperihal bergabung (bercantum atau bersekutu): ~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;
penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur.
gabung jalin; menggabungjalinkan
menggabungkan (mencantumkan) dan menjalinkan: di peringkat sekolah menengah, pengajaran bahasa Malaysia digabungjalinkan antara ketiga-tiga aspek, iaitu lisan, bacaan kefahaman, dan penulisan;
penggabungjalinan perihal (perbuatan dsb) menggabungjalinkan: guru-guru kurang pasti dgn konsep ~ spt yg disarankan dlm sukatan pelajaran; prinsip pedagogi spt ~ kemahiran bahasa dan penegasan terhadap penggunaan yg bermakna.
gabus I
1. sl kayu ringan dan lembut drpd pokok Alstonia scholaris (digunakan sbg pengilir pisau, pengesat kaki, pelampung, dll); 2. penyumbat yg dibuat drpd gabus; topi ~ topi yg berlapis dgn gabus;
menggabus menggosok (mengilir dll) dgn kayu gabus: ~ taji;
penggabuspenggosok, pengasah, pengilir
gabus II
sj ikan haruan, Ophiocephalus striatus; telur ~ sj penganan
gad
bp pengawal, penjaga
gada I
pemukul yg bulat panjang (dibuat drpd kayu dll), belantan;
bergada berlawan dgn gada;
menggada memukul dgn gada;
penggada gada.
gada II; gada-gada
sj bendera kecil di puncak tiang kapal (perahu dsb) utk mengetahui arah angin
gadah
sama ~ sama besar (dr hujung ke pangkal)
gadai
mendapatkan pinjaman dgn memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran: dia sanggup ~ utk membiayai persekolahan anaknya;
~ golok (bergolok) berikhtiar mendapatkan sesuatu dgn bergadai; ~ nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm keadaan yang boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang atau sesuatu;
menggadai 1. Id menerima cagaran utk wang yg dipinjamkan; 2. = menggadaikan: ~ tanah; ~ nyawa bergadai nyawa; ~ terdorong ke pajak, sehari sebulan juga prb sesuatu perbuatan yg terlanjur walaupun kecil akibatnya sama spt yg besar juga;
menggadaikan 1. menyerahkan sesuatu (tanah dll) sbg cagaran hutang: keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya; 2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm keadaan terancam atau sbg cagaran utk mendapatkan sesuatu faedah dsb, mempertaruhkan: dia sedih raja ~ imannya;
tergadai telah digadai; orang ~ orang yg menjadi jaminan hutang; tercacak bagai lembing ~ prb tertegun kehairanan;
gadaian barang yg tergadai;
penggadaian perihal (perbuatan) menggadai;
pegadaian rumah gadai, pajak gadai;
penggadai orang yg menjalankan pekerjaan menggadai.
gadamala
sj tumbuhan (rizom), lengkuas, Languas galanga
gadang I
Mn besar;
menggadang bersikap angkuh (congkak)
gadang II
Jk; bergadang berjaga sepanjang malam
gadang III
sj penampi (beras, kacang, dll) yg bulat dan besar, badang
|