Ditemukan : 1622 Record
gagah
1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;
bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah;
menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang;
menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;
menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri;
kegagahanperihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu.
gagai; menggagai
memanjat (pokok dll) dgn cara memeluknya dgn kaki dan tangan
gagak
1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunungsj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris;
~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulu kala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya
gagal
tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;
menggagalkanmenjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;
tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;
kegagalan perihal gagal
gagang
1. tangkai (bunga, gayung, dll), hulu (keris, tombak, dll); 2. Mn pucuk ranting atau batang pokok yg melata (melilit), sulur;
~ pena batang pena; ~ senapang (telefon) pemegang senapang ~ telefon pemegang telefon; spt sirih pulang ke ~nya prb orang yg kembali kpd asalnya;
menggagang mempunyai sulur
gagap I = menggagap
tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap (mis m-m-ma-malam utk malam); orang ~ orang yg bertutur tertahan-tahan;
bergagap-gagap bercakap dgn tertahan-tahan;
tergagap-gagap terhenti-henti (percakapan), tergaguk-gaguk: dgn suara yg ~, Rahim menceritakan riwayat hidupnya
gagap II
Jk mencari sesuatu dgn meraba-raba (dlm gelap), menggagau(-gagau)
gagar
Kl cari, raba, geladah;
menggagar meraba-raba, merayau
gagas; menggagas
memikirkan sesuatu;
gagasan buah fikiran yg dijadikan saranan, idea: kerajaan diminta menjayakan ~ Mafilindo; dasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dlm masyarakat.
gagau I; menggagau
meraba-raba (dlm gelap dll), mencari sesuatu dgn meraba-raba: orang buta itu ~ laci meja;
tergagau-gagaumeraba-raba (kerana buta, gelap, dll)
gagau II Mn; bergagauan
berteriak-teriak dgn tidak menentu;
segagau serupa gagaunya, sama-sama tidak menentu: kini, yg ~ dengannya cuma seorang sahaja;
tergagau berteriak dgn tiba-tiba (kerana takut dll)
gaguk; tergaguk-gaguk
tertahan-tahan kata-katanya, tergagap-gagap
gah
sl 1. kemasyhuran, kemuliaan: maka masyhurlah ~nya merata negeri; 2. keangkuhan, kebanggaan; ~ dan takbur kesombongan; 3. ki, bp menjadi buah pertuturan orang, termasyhur: maka ~lah ke seluruh dunia akan kehandalan pahlawan itu; 4. kelihatan hebat: syarikat pengilangan yg ~ dr segi fizikalnya.
gagu
Jk bisu;
menggagu membisu
gaham I
Mn gertak(an), ugutan;
menggaham menakutkan, mengancam, meng-gertak
gaham II
~ badak sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, gelugur hutan, medang lempung, gangulang (di Sabah), merbulan (di Sarawak), Blumeodendron spp
gahar; menggahar
1. menggonyoh, menggosok kuat-kuat (supaya bersih); 2. Kl berkelahi mati-matian
gahara
keturunan raja yg lahir drpd permaisuri; anak ~ anak raja drpd permaisuri; sama ~ keturunan yg sedarjat
gahari
tidak kurang dan tidak lebih, sedang; → ugahari
gaharu
kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis); ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii;
~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu
|