Ditemukan : 1622 Record
gadang IV; gadang-gadang
sj ikan laut, tudung tempayan, tudung periuk, Platax spp
gadi
Pn sj kereta sorong
gadik I
Pn sebati;
bergadik bersebati, bercampur aduk: diulinya tepung itu hingga ~ betul
gadik II
Kl kental
gading I
1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin;
~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;
gading-gading 1. tulang rusuk pd lambung perahu; 2. lingkaran pd roda;
bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;
menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading
gading II
~ betina sj tumbuhan (pokok), Aporosa aurea; ~ gajah sj tumbuhan (pokok menumpang), Eria teretifolia; ~ jantan sj tumbuhan, (pokok kecil), ciapet, Xanthophyllum affine; ~ tulang sj tumbuhan (pokok), Randia racemosa; seri ~ bunga yg ada sangkut-pautnya dgn taman asmara;
gading-gading 1. sj tumbuhan (pokok), Diplospora malaccense; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Greenia corymbosa; 3. sj tumbuhan (pokok), Prismatomeris malayana; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Tarenna wallichii.
gading-gading
1. tulang rusuk pd lambung perahu; 2. lingkaran pd roda;
gadis I
1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~ ; kuda ~; ~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua;
bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);
bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi;
menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin;
kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;
kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis
gadis II
kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum parthenoxylon
gado; gado-gado
Jw 1. sj makanan drpd sayur-sayuran yg digaul dgn kuah kacang ; 2. campur baur, tidak teratur
gadu
~ gajah sj tumbuhan (pokok), mentua pelanduk besar, sambau jangkang, Trigonostemon longifolius
gaduh I
1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir setiap hari ia ~ sakit saja;
bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;
bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;
menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau (kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;
kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;
pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan
gaduh II
Kl terburu-buru, tergesa-gesa
gaduh III
Kd bersusah payah: tak usah ~
gaduk
Mn angkuh, congkak, sombong;
bergadukberlagak, menyombongkan diri; ~-gaduk diri, saku-saku diterbangkan angin prb orang yg suka bercakap sombong tetapi poket kosong;
menggaduk menyombong;
menggadukimenyombong kpd
gadung I
sj tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau direndam dlm air atau dibancuh dgn abu basah, boleh dimakan), Dioscorea hispida;
hijau ~ hijau muda (spt warna daun gadung); mabuk ~ a) mabuk kerana makan gadung; b) gila berahi;
~ cina sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax cina; ~ jantan = akar ~ tikussj tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, Smilax helferi; ~ kasturi sj anggerik (orkid), Epidendrum spp.; ~ lilin = ~ mabuk sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ samak sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea; ~ seberang sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi.
gaek (gaék)
Jk sangat tua
gaet (gaét)
(gaét) Jk kait;
menggaet 1. mengait; 2. ki menipu (wang), memperdayakan (utk mencari keuntungan)
gAFIM
akronim bagi Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia
gaga
Jw huma, ladang padi: padi ~ padi huma
|