Ditemukan : 1622 Record
geblek
Jk bodoh, tolol
geblok
Jk 1. = segeblok segulung kain (28-30 ela atau 25-27 meter); 2. sebungkus wang kertas
gebok (gébok)
Jk; menggebok memukul (dgn kayu dll.)
gebos
Jk; menggebos memaki, mengherdik, menengking
gebrak
Jw; menggebrak memukul keras-keras (meja dll.)
gebu I
1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg ~.
gebu II
Id; menggebu menyala, berkobar (perang, pemberontakan, semangat, dll.)
gebuk I
Jk; menggebuk memukul
gebuk II
Ph sj kotak berbentuk bulat dan panjang
gecar I
1. keluar air liur (kerana melihat makanan yg sedap-sedap dsb); 2. cair (bubur, darah, dll.)
gecar II, gecer
Jk; menggecarkan menakutkan, menggetarkan
gedabah
perhiasan rambut berbentuk segi tiga yg dibuat drpd emas
gedabak
bunyi spt bunyi barang berat jatuh ke tanah (kaki dihentak-hentak ke lantai dll); → gedebak
gedabang
1. sj ikan laut, nyiur-nyiur, Monodactylus argenteus; 2. sj ikan laut, Psettus argenteus; 3. = kekek ~ sj ikan laut, kapak, Mene maculata
gedabir
kulit atau daging bawah leher lembu (orang tua dll) yg kelihatan berjuluran (kendur), gelambir, gelabir
gedabu
sj tumbuhan (pokok), Sonneratia griffithii
gedabung
rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput mata burung puding, tebu salah, Phragmites communis
gedak
~-geduk bunyi gendang, tong berantukan
gedang I
Mn besar; rumah ~ rumah keluarga;
~ gerundang di kubangan, ~ ikan raya di lautan prb orang-orang berpangkat di tempatnya masing-masing; ~ kayu, ~ dahannya prb kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya; ~ sbg dilambuk-lambuk, tinggi sbg dijunjung prb membanggakan diri kerana kelebihan yg tidak ada;
menggedangkan membesarkan
gedang II; menggedangkan
sl meluruskan (apa-apa yg bengkok); → kedang I
|