Ditemukan : 1622 Record
gayau
main ~ permainan yg menggunakan buah bulat pipih
gayem
Jw; menggayem mengunyah makanan
gayu
NS tua (orang, pokok).
gayuh I; bergayuh
bergantung rendah (buah-buahan dll.); gayut
gayuh II
Jw †; menggayuh mencapai (tujuan, cita-cita, dll.)
gayuk; menggayuk
Mencengkau, mencapai
gayun; menggayun
Membuaikan, mengayun, menggoncangkan
gayung I
pencedok air drpd tempurung dsb yg bertangkai, sibur
gayung II
1. sl sj tongkat yg dipakai sbg senjata; 2. pukulan, tetakan, tikaman, dll (dgn senjata); main ~ bersilat (bertinju dll); 3. = ilmu ~ sj mantera utk menyakitkan (membunuh dll) orang dr jauh;
~ bersambut kata berjawab prb mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang; ~ tua, ~ memutus prb cakap orang tua-tua biasanya benar;
bergayung bersilat (bertikam dll);
orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana;
menggayung 1. menetak, menikam, menombak dll (dgn senjata); 2. mengucapkan mantera utk membunuh musuh dll.
gayut; bergayut
bergantung (lampu dll), berpaut (kera dll), berpegang kuat-kuat: budak itu ~ pd dahan kayu;
bergayutan bergayut banyak-banyak: lampu-lampu hijau merah ~ di sekeliling masjid; menggayuti 1. menyangkut sesuatu pd: rantai itu ~ kakiku sewaktu di penjara; 2. ki menjadi beban kerana tanggungan dll: sejak kematian suami, tugas mendidik anak telah ~ dirinya;
menggayutkan menyangkutkan, menggantungkan: ia ~ songkok pd sangkutan di dinding;
gayutan sangkutan, cantelan; → senggayut
gaz
† ukuran panjang (kira-kira 33 inci atau 83.82 sentimeter)
gazet (gazét); menggazet
mewartakan, mengumumkan, atau mengisytiharkan (secara sah dlm media rasmi): Ireland digazet sbg sebuah republik.
gear (géar)
susunan roda-roda bergigi dlm enjin yg membolehkan kuasa dihantar dr satu bahagian ke bahagian lain utk menukar kelajuan atau arah pergerakan;
menggear menggunakan gear
gebah (Sunda); menggebah
menakutkan, menggertak, menghalau
gebal Kl; menggebal
menganyam, menyusun: ibu pandai ~ tikar.
gebang
Jw sj tumbuhan (palma), Corypha utan
(gébang); bergebang berbual, bersembang: pd setiap mesyuarat yg mereka adakan, mereka cuma ~-gebang saja
gebar I
= kain ~ (kain) selimut
gebar II
Kl bimbang
gebeng I (gébéng)
perahu ~ perahu yg mempunyai bilik yg kecil
gebeng II (gébéng)
Kl besar (lebar) drpd biasa; dayung ~ dayung yg daunnya (papan lebar) dipakukan pd batangnya
|