Ditemukan : 1622 Record
gatra
Id kata atau kumpulan kata yg merupakan kesatuan dlm ayat
gATT
akronim bagi General Agreement on Tariffs and Trade (perjanjian am mengenai Tarif dan Perdagangan)
gauk
1. burung gagak; 2. .. bunyi gagak;
menggauk berbunyi spt bunyi gagak
gaul
campur, baur, kacau;
bergaul 1. bercampur (dgn), beraduk; 2. berkenalan, berbaik-baik, dan bercampur dgn orang lain, berkawan, bersahabat: begitulah aku ~ dan bermain dgn kawan-kawanku; kau harus ~ dgn rakyat supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka;
menggaul mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn baja;
menggauli, mempergauli mencampuri, berkawan secara mesra dgn: yg digauli Juriah orang muda-muda belaka;
menggaulkan mencampurkan: kapur perekat dibuat dgn ~ kapur mati, pasir dan air;
pergaulan perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan
gaun
sj baju perempuan cara barat yg anggun atau utk pakaian formal;
bergaun memakai gaun: dia ~ putih
gaung I
bunyi (suara) yg memantul, gema;
bergaung bergema, berkumandang: suara itu ~ masuk menujah telinga.
gaung II
jurang yg dalam;
menggaung mengorek (lubang dll), menggali
gawai I
Jw kerja, tugas;
pegawai orang yg menjalankan tugas; → pegawai
gawai II
Sr perayaan atau pesta keagamaan dan adat orang Iban; Hari G~ hari kebesaran orang Iban
gawal
keliru, salah, silap
gawang I
Id 1. dua tiang terpancang yg disambung di atasnya dgn kayu palang; 2. tiang gol (utk bola sepak dll); penjaga ~ penjaga gol
gawang II; menggawangkan
melambai-lambaikan tangan (utk mengusir binatang dll);
tergawang berkeadaan menggawangkan tangan
gawar
tanda rintangan atau larangan (tali dll);
gawar-gawar tali rotan yg digantung sbg tanda menegah orang datang dll (kerana penyakit yg berjangkit dsb.)
gawat
Jw berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;
menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin~;
kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.
gaya
1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~ ; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang;
~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok;
gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;
bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;
menggaya melagak: ia ~-gaya pula di depan cermin;
menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);
penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa.
gayal
kenyal, liat, melenting
gayam I
sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Inocarpus edulis
gayam II
sj kerang sungai, etak, Asaphis spp
gayang
bergoyang-goyang ke kiri kanan (tidak dapat berdiri tegak), terhuyung-hayang
gayat
berasa ngeri atau pusing (melihat ke bawah atau ke dlm dr tempat yg tinggi), gamang
|