Ditemukan : 1622 Record
gegap I; tergegap-gegap
terhenti-henti bercakap, gagap
gegap II
gegak, bising, riuh; ~ gempita riuh-rendah
gegar
gentar, goncang, goyang;
bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;
menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;
menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;
tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila;
gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa;
penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang.
gegas I; bergegas, bergegas-gegas
membuat sesuatu cepat-cepat, bercepat-cepat: kerja orang muda biasanya ~, kerja orang tua berjujai;
menggegas, menggegaskan mempercepat, menyegerakan, mendesak supaya cepat;
tergegas-gegas dlm. keadaan bergegas
gegas II
penutup lubang peraka (pd kapal dll.), bari
gegas III Kl; menggegas
mengerat bulu (sayap ayam dll) supaya tidak boleh terbang
gegas IV (Kej)
(Kej) sambungan (kayu dll); juru~ (Kej) orang yg mahir memasang atau melaraskan bahagian-bahagian mesin dsb;
bergegas bersambung dgn gigi penyambung
gegasing → gasing II
gegat
sj serangga yg suka makan kain (kertas dll), ngengat; ubat ~ kapur barus atau naftalena dlm berbagai-bagai bentuk spt bebola yg digunakan utk menghalang gegat drpd merosakkan kain (kertas dll.)
gegau; tergegau
sl tercengang, terkejut, terperanjat
gegek
(gégék) Kl suka
gegelang
sesuatu yg bentuknya spt gelang
gegelema
benda yg pekat dan melekat; → gelema
gegendang
sesuatu yg fungsinya atau bentuknya spt gendang; ~ telinga (Bio) membran keras yg menghantarkan getaran gelombang bunyi drpd bahagian telinga luar ke bahagian telinga tengah
gegep (gégép)
Id penyepit
geger (gégér)
1. gempar, hingar-bingar, huru-hara; 2. Kl, Tr bising; jangan ~ jangan bising;
bergeger bergentar, bergegar, bergema;
menggeger menjadi geger (gempar, huru-hara, dll);
menggegerkan menggemparkan, menyebabkan kacau-bilau: penembakan di panggung wayang ~ orang-orang di sekitarnya;
gegeran bunyi bising (riuh rendah), bunyi hingar-bingar: tak lama lagi ~ mesin bancuh simen yg membingitkan telinga akan lenyap pula;
kegegeran perihal geger, kehebohan, kegemparan
gegerit
akar ~ jantan (merah, putih) beberapa jenis tumbuhan (pokok memanjat), Urceola spp
gegetar
bunga perada (emas dll) yg mudah menggetar, dipakai sbg perhiasan di kepala pengantin perempuan
gegetun
Jk hairan, kecewa; getun
gegiring
~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Crotalaria verrucosa
|