Ditemukan : 1622 Record
gelagat
1. tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; 2. tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya.
gelak
tertawa besar: kerana lucu ia ~ terbahak-bahak;
~ manis tertawa dgn senyum; ~ nabi senyum yg mengejek; ~ sumbing ketawa yg tidak sungguh-sungguh; ~ tertawa = ~-~ ketawa tertawa kuat-kuat;
menggelakkan menertawakan, mengejek-ejek: mereka itu ~ dan mengejek-ejek dia;
tergelak tertawa dgn tidak sengaja; bagai ~ sedang kematian prb Mn keadaan yg susah
gelakak
tertawa terbahak-bahak
gelalar; menggelalar
merentak-rentak (spt anjing yg tertambat), merenggut-renggut (dgn maksud hendak melepaskan diri)
gelam I
sj tumbuhan (pokok), kayu putih, Melaleuca leucadendron;
~ bukit sj tumbuhan (pokok kecil), Leptospermum flavescens; tikus ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Eugenia grata.
gelam II
sj burung, burung pucung bendang, Ixobrychus cinnamomeus
gelama
ikan ~ sj ikan laut dlm famili Seiaenidae;
~ batu = ~ hitam = ~ keling, Johnius spp.; ~ bongkok, Johnieops sina; ~ kuning dada = ~ papan , Nibea soldado; ~ cerua = ~ pisang = ~ rapang, Pennahia macrocephalus; ~ perak, Pennahia pawak; ~ jarang gigi = ~ tengkerong, Otolithes spp
gelamai
penganan spt dodol (dibuat drpd tepung pulut, gula, dan santan);
menggelamai memasak gelamai; tidak mudah ~, kurang haru cik kambingan terlampau haru berlantingan prb Mn kalau tidak hati-hati mengerjakan sesuatu tentu tidak selamat
gelambir
kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;
bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir; gelibir, kelambir II
gelandang I Id; bergelandangan
1. berkeliaran, bertualang, berjalan-jalan tanpa tujuan: tindakan patut diambil utk mengawal orang-orang muda yg ~ di jalan-jalan raya; 2. ki merana: di sinilah letaknya harapan yg bakal memberi sinar pd hatinya yg ~;
gelandangan 1. = orang ~ orang yg pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap; 2. tidak tentu tempat kediamannya atau pekerjaannya: seorang intelektual, yg menggunakan bahasa Indonesia, yg hidup secara ~.
gelandang II
Id hafbek
gelandang III
Jw; menggelandang menyeret (dgn paksa), menghela
gelang I
1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki;
~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai;
~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang
~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama;
gelang-gelang 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. <.b> = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah;
menggelang (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati;
pergelangan 1. = ~ tangan bahagian tangan dekat buku tangan; 2. = ~ kaki bahagian kaki dekat buku kaki
(gélang) ~ laut sj tumbuhan (pokok melata), sepit-sepit, Sesuvium portulacastrum; ~ pasir sj tumbuhan (herba), rumput beremi, segan jantan, Portulaca oleracea
gelang II
Rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin (duduk, jelutung, kemunting, kerai, perupuh, segera), Daemonorhops geniculatus
(gélang) Mn; bergelang-gelang gilang-gemilang
gelanggang
1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2. medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll); 4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengang-cengang (kehairanan);
bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3. berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang banyak prb sudah terang dan nyata sekali;
menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam: hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor.
gelangsar, gelangsir; menggelangsar
meluncur ke muka, menggelincir
gelantang I Jk; menggelantang
menjemur pakaian yg masih bersabun di tempat yg panas; → kelantang I
gelantang II
guling-~; → guling
gelanting, gelantung
bergantung berayun-ayun, bergayut, kontang-kanting;
bergelantungan bergantungan, bergayutan
gelap
1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan);
~ buta = ~ -guguk = ~ -gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar;
bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan;
bergelap-gelap tidak dgn terus terang;
menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;
menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn mematikan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;
kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata;
kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;
penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap
|