Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 1.711
Hari ini : 23.599
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 22 23 24 25 26 >  Last ›
geisha (géisha)
teman wanita utk lelaki di Jepun, yg dilatih dlm muzik, tarian, dan seni perbualan
gejala
1. tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat, petanda: ~-~ keburukan akhlak kanak-kanak sudah mulai nampak; 2. alamat (petanda) penyakit: ~-~ demam denggi
gejolak

nyala api yg besar (berkobar-kobar);  

bergejolak menyala-nyala (api, perasaan, dll.), berkobar-kobar (nafsu dll.)   

gejos

Jk bunyi mendesis atau mendesir (spt bunyi besi panas kena air); barang ~ barang palsu;  

menggejos, menggejoskan menyebabkan bunyi desir (desis), mendesirkan, mendesiskan

gejuju
Mn; menggejuju naik ke atas bergumpal-gumpal (awan, asap, dll.)
gel (gél)
bahan kental yg berupa seakan-akan agar-agar, yg digunakan terutamanya utk membentuk fesyen rambut; ~ silika silika berbentuk butir-butir yg digunakan sbg bahan penyerap air. 
gela
Ph; bergela bocor (perahu)
gelabah

† sedih, susah hati, gelisah, tidak tentu arah; 

menggelabah berada dlm keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah: ramai yg ~ menunggu arahan utk membayar cukai yg telah ditentukan;  

kegelabahan keadaan tidak tentu arah, keadaan resah gelisah

gelabir
kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gelambir, gedabir
gelabur; menggelabur
mencebur ke dlm air, mencempung
gelabut
Kl sibuk, runsing, tidak tenteram
geladah; menggeladah
memeriksa dgn teliti (rumah, orang, dll) utk mencari sesuatu (barang curian dll): berminggu Peringgi ~ segala ceruk rantau bandar Melaka; geradah; geledah
geladak I

lantai kapal, dek;  

penumpang ~ penumpang yg tidak menyewa bilik; rumah ~ kabin yg berbentuk rumah di atas geladak kapal

geladak II
1. = anji/ng ~ anjing liar (tidak dipelihara orang); 2. bk penjahat; perempuan ~ pelacur (perempuan jalang)
geladak III; menggeladak
bergemuruh, berbunyi dgn kuat: bunyi letupan ~ di angkasa; ketawanya ~ lagi.  
geladir
Jk lendir
gelagah
sj tumbuhan yg rupanya spt tebu, Saccharum spontaneum; ~ boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga , orang berbuah dia tidak prb meniru-niru perbuatan orang lain kerana hendakkan keuntungan tetapi sia-sia belaka
gelagak → gelegak
gelagapan
Jk tergagap-gagap, bingung
gelagar; bergelagar
berdegum-degum (meriam), berdentum, bergemuruh
‹ First  < 22 23 24 25 26 >  Last ›