Ditemukan : 1622 Record
gelebat (gelébat)
dayung yg kedua-dua belah hujungnya berdaun, kelibat
gelebek (gelébék)
Kl terturun ke bawah (bibir), herot
geleber (gelébér); menggeleber, geleberan
Id terkelepai (gelambir, pial ayam, dll), terkulai ke bawah (bendera dll): ia meraba-raba perut kambingnya yg ~ itu.
gelebuk
bunyi barang jatuh dll.
gelebung
~ buaya Kl sj penganan (dibuat drpd tepung pulut, nyiur muda, dan gula)
geleca
† sj tilam nipis
gelecah
tergelincir, tergeliat, tersalah langkah
gelecak → gelegak
gelecek (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek
menggelangsar, menggelincir;
tergelecek tergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.
gelecok (gelécok)
NS tergelincat, melanting, melencong
geledah (gelédah); menggeledah
memeriksa dgn tujuan mendapatkan sesuatu (barang curian, senjata haram, dll), menyelongkar (rumah dll): sesudah ~ sekolah itu, pihak polis menemui lima pucuk senapang;
geledah penggeledahan
perihal atau perbuatan menggeledah, pemeriksaan: ~ rumah itu tidak memberi hasil apa-apa; geladah
geledang; menggeledang
mendepangkan tangan
geledek (gelédék)
Jk petir, guruh;
menggeledek berbunyi spt geledek, gemuruh
geleding; menggeleding
meledung (papan, kayu dll), melendut
geledur; menggeledur
berlipat-lipat (spt kulit perut orang gemuk dll.)
gelegak; menggelegak
1. mendidih dan berbunyi (spt air), membual: air sedang ~ di dapur; 2. ki naik darah (marah): apabila ia terusik dlm bulan puasa, darahnya lekas ~; 3. ki bergelora: hatinya begitu ~ dgn kemarahan;
menggelegakkan mendidihkan; gelecak
gelegar I
bunyi gemuruh (meriam, letupan bom, dll.); ~ buluh cakap besar (tetapi kosong belaka);
menggelegar bergemuruh (guruh, letupan, dll.)
gelegar II
kayu (balak) yg menyangga lantai, jeriau
gelegata
sj penyakit kulit, bedan-bedan, bengkak-bengkak atau bintil-bintil pd badan kerana panas dll.
|