Ditemukan : 1622 Record
gelempung I
bunyi rebana (gendang dll.);
bergelempung berbunyi (rebana, gendang, dll.)
gelempung II
sj kapas utk membalut luka
gelen (gélén)
unit sukatan cecair yg bersamaan dgn 4.55 liter
gelenang I; tergelenang
(gelénang) tergenang (air mata dll.)
gelenang II (gelénang)
alat muzik gamelan yg terdiri drpd tiga buah gong kecil
gelencong
(geléncong); tergelencong menyimpang, terpesong: angin barat daya ialah angin timuran tenggara yg ~ dr selatan khatulistiwa.
gelendong I (geléndong)
sesuatu (drpd kayu, buluh, dll) tempat benang dll digulung, kumparan: ~ filem dibuat drpd logam atau plastik, dan terdapat dlm beberapa saiz dan corak.
gelendong II (geléndong)
Kl kendur, bengkok, tidak lurus
geleng (géléng) = gelengan
gerakan ke kiri ke kanan atau sebaliknya (kepala); ~ spt si patung kenyang prb berjalan dgn sombongnya, sombong;
bergeleng, bergeleng-geleng bergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya;
menggeleng = ~ kepala menggoyang kepala ke kiri ke kanan atau sebaliknya;
menggelengkan menggoyangkan kepala tanda tidak setuju (tidak mahu, hairan, kasihan, dll) : apabila anak-anaknya sudah ~ kepala, tidak mahu minum lagi, barulah Dolah meneguk teh;
tergeleng tergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya: dia memastikan kepalanya yg ~ itu tidak menerima apa yg dikatakan oleh Pak Ciknya.
gelenggang (gelénggang)
sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat kurap, kayap dll), daun kurap, Cassia alata
gelentang
guling-~ = golek-~ berguling-guling, berbalik-balik, bergolek-golek
gelentar; menggelentar
gementar, menggigil, berdegup-degup (hati dll); → geletar
gelenting; menggelenting
melentur, melenting, menjadi bengkok; → lenting I
gelentok; menggelentok (geléntok)
terkulai, melentok: ayam kepunyaannya terkapai-kapai, lantas ~ jatuh mati.
gelenyar I; menggelenyar
semut-semutan, kebas
gelenyar II
Kl tidak duduk diam, meronta-ronta, gatal, perasaan spt digigit (bkn badan dll.)
gelenyeh (gelényéh)
Kl 1. tumpul (pisau dll); 2. ki gatal (perempuan dll.)
gelepai; menggelepai
terkulai ke bawah (dahan yg patah, bendera yg basah, dll.), terkelepai; → kelepai
gelepak; menggelepak
bergantung terkulai (spt layar yg tidak ditiup angin dll.), bergantung mengelepai
gelepar; menggelepar, menggelepar-gelepar
menggelupur, bergerak-gerak mengibas-ngibaskan sayap: setelah beberapa kali ~, ayam yg disembelih itu pun mati;
menggeleparkan, menggelepar-geleparkan menggerak-gerakkan sayap; kelepar
|