Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 3.024
Kemarin : 24.405
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 28 29 30 31 32 >  Last ›
gelepik; menggelepik
menggelepak, bergantung terkulai
gelepok (gelépok)
kotor kerana kena lumpur, berlumpur
gelepot (gelépot) → gelepok
gelepung
bunyi barang jatuh ke dlm air, cempelung, celempung
gelepur

melompat dan memukul-mukulkan sayap (ayam berlaga dll.); tinggi ~ rendah laga prb sombong (banyak bercakap tanpa hasil);  

menggelepur melawan dgn memukul-mukulkan sayap serta kaki (ayam dll.); kelepur

gelesai; menggelesai
menggelepar (burung dll.), menggerak-gerakkan kepak   
gelesek (gelésék); menggelesek
menggosok, menggesek-gesek (kasut, biola, dll.)
geleser I; menggeleser (gelésér)
bergerak-gerak terus-menerus, menggelepar-gelepar
geleser II; menggeleser (gelésér)
mulai berpusing (roda dll.)
geleta (geléta)
sj buyung atau kendi yg berleher panjang
geletah

Kl gelenyar

geletak

Tr berkeinginan sangat: dia ~ hendak berkahwin kerana sudah lama membujang.  

gelétak); menggeletak, tergeletak terbaring, terlantar di atas tanah dll: apabila dipukul, rebahlah ia ~ di atas lantai; gelatak I

geletar; menggeletar

 gementar (kerana ketakutan, demam, dll), menggentar, bergentar (gitar, suara, dll.): takutlah ia, ~ segala sendi anggotanya;  

menggeletarkan menyebabkan sesuatu menggeletar: rasa takutnya pd suara itu ~ seluruh tubuhnya; gelentar

geletas
Kl gatal (perempuan), galak
geletek (geléték)

1. perbuatan mencuit (mencubit) supaya jadi geli; 2. ki hasutan, galakan (supaya jadi berani), rangsangan; hilang geli kerana ~prb sesuatu yg kurang menyenangkan itu hilang apabila menjadi kebiasaan;  

menggeletek 1. mencuit (mencubit) supaya jadi geli: orang tua cepat melatah apabila digeletek; 2. menghasut, menggalakkan, memberangsangkan: kalau tidak digeletek, perkelahian mungkin tidak akan timbul.  

geletik; menggeletik

1. bergerak liat-liut (spt ulat), menggelepar, meronta-ronta; 2. berbunyi spt bunyi jam (tik, tik, tik) dll.; 3. berdebar-debar (jantung), bergerak (hati): hatinya ~ mendengar khabar itu.  

berbunyi keleting (loceng dll.)

geletis I; menggeletis

berputar-putar dgn cepat, menggeliat, bergerak-gerak (geliang-geliut)

geletis II; menggeletis
gatal, miang
geletuk; menggeletuk
berbunyi macam bunyi gigi bersentuhan (kerana menggigil dll.)
gelewak (geléwak)
Kl, Tr kelewak
‹ First  < 28 29 30 31 32 >  Last ›