Ditemukan : 1622 Record
geli hati
rasa hendak ketawa;
menggelikan hati menimbulkan gelak ketawa; penggeli hati sesuatu yg menggelikan hati, lawak jenaka
geli I
1. rasa badan kalau digeletek; 2. rasa hendak ketawa (kerana lawak jenaka dll.): ~ ia melihat kelakuan anaknya; 3. berasa ngilu atau ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dll.); 4. berasa jijik dan seram melihat sesuatu spt ular, lintah, dll.; 5. berasa jijik, mual, atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yg kotor dan busuk;
~-geman = ~-geleman jijik; habis ~ oleh geletek, habis bisa oleh biasa prb kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;
menggeli Mn memberanikan (ayam yg berlaga);
~ induk ayam prb memberanikan seorang penakut;
menggelikan 1. menimbulkan gelak ketawa, menggelikan hati; 2. menimbulkan rasa geli: maka banyak perkara yg ~ telah disaksikan;
kegelian 1. perihal geli, perasaan geli: cerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatikui; 2. berasa geli: benda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~;
penggeli orang yg mudah berasa geli (kalau digeletek)
geli II
buah ~ = geli-geli buah pinggang, ginjal
geli III; geli-geli, gegeli, segeli
sj tumbuhan (tumbuh dlm paya), bekil, Lasia spinosa
geliang
~-geliat = ~-geliut gerakan berkelok-kelok spt belut dipegang kepalanya;
menggeliangbergerak geliang-geliut: ~ bagai ular dipukul.
geliat
~ -geliut geliang-geliut;
menggeliat 1. merentang-rentangkan anggota badan (apabila bangun drpd tidur dll.): baru saja bangkit, ia menguap dan ~ sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas; 2. memulas-mulas (benda yg kaku, ketat, dll.);
menggeliatkan menyebabkan (diri seseorang) menggeliat: Pak Tua ~ diri utk bebas drpd ikatan;
tergeliat terpelecok, salah urat, terkilir (kaki, tangan, dll.)
gelibar; menggelibar
berkibar (bendera, layar, dll.)
gelibas
sj ikan laut, dengkis, Siganus spp
gelibat I
dayung yg kedua-dua hujungnya mempunyai daun; → kelibat I
gelibat II
Kl hilang, lenyap (orang yg lari)
gelibir; menggelibir
melengkung ke bawah dan tebal (bibir gajah dll.); → gelambir
gelicau; menggelicau
berkicau, mencicit, mencecit (burung)
geliga
sj batu hikmat yg dapat menghilangkan bisa dll. (didapati dlm tubuh binatang spt ular, landak, dll.);
bergeliga 1. mempunyai geliga; 2. cerdik dan pintar; otaknya ~ pandai, cerdik;
kegeligaan perihal pandai, cerdik
geligah Kl; bergeligah
berkerutu, kasar, bopeng, tidak licin (muka, permukaan jalan, dll.)
geligi; menggeligi
menggigil
geligin
kayu pd perkakas tenun tempat menggulung benang, gelendong benang
geligir; bergeligir
berkerutu (langit-langit keras dll.)
geligis I; menggeligis
gementar, menggigil (kerana demam, kesejukan, ketakutan, dll.)
geligis II
Kl bengkang-bengkok, berliku-liku; gerigis
geligit; menggeligit
menggigit berkali-kali
|