Ditemukan : 1622 Record
gemak; menggemak, menggemak-gemak
memegang-megang (hendak mengetahui besar, berat, dll): ia ~ ayam itu sebelum membelinya; → gamak
gemal
banyak yg terdapat dlm secekak jari; se~ sebanyak yg dapat dipegang dgn cekak jari, secekak: se~ padi;
bergemal-gemal banyak cekaknya, bercekak-cekak;
menggemal memegang dgn cekak jari
gemala
batu yg bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal drpd ular, naga, dll); ~ hikmat sj batu sakti; buntat hendak menjadi ~ prb orang kecil hendak menjadi orang besar
gemalai
melambai-lambai (bkn daun nyiur dll), berayun-ayun, lemah dan manis (gerak tubuh dll) lemah ~ melenggok-lenggok manis (gerak tubuh seseorang gadis);
bergemalai melambai-lambai (ditiup angin): daun-daun kelapa ~ dipupuk bayu.
gemam
gumam, kemam
geman
takut, ngeri; geli-~; → geli I
gemang I
besar (benda yg bulat torak), bayak
gemang II
Mn ngeri, takut; gopoh-~ gugup;
penggemang penakut; → gamang
gemang III
sj ikan laut, sembilang, Plotosus spp
gemap; tergemap
tercengang, tergamam: ketika mendengar berita itu, ~lah ia.
gemar
suka benar (berbuat sesuatu): ia ~ berenang;
bergemar bergembira, bersuka ria;
menggemari menyukai benar akan: hikayat ini sangat laku kerana digemari orang;
menggemarkan menggembirakan, menyukakan hati;
kegemaran kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan;
penggemar orang yg menggemari, peminat: memang sudah biasa majalah itu menyiarkan gambar dan kisah ~-~nya.
gemas
1. sangat kesal, amat jengkel (marah, benci, dll): ~ hatinya melihat orang yg tidak menaruh belas kasihan itu; 2. benci bercampur sayang;
menggemaskan menimbulkan rasa gemas
gemaung
bergaung, berkumandang, bergema
gemawan
1. = awan-~ bermacam-macam rupa awan; 2. berarak (awan), melayang: awan putih ~ lalu.
gemba
Kl kembung pipi (kerana ada sesuatu di dlm mulut)
gembadak
sj tumbuhan (pokok renek), gaharu badak, Phyllochlamys wallichii
gembak I
jambak, rambut pd dahi kuda, rambut yg dipanjangkan pd ubun-ubun budak; → gombak
gembak II
Kl berombak (rambut dll).
gembala I
1. orang yg menjaga atau memelihara ternakan (kambing, lembu, dll); ~ kuda pemelihara kuda; 2. ki penjaga keselamatan orang ramai, pemimpin;
bagai ~ diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak berguna baginya; gajah seekor ~ dua prb satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang perempuan);
bergembala mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~ parak berpagar prb harta benda harus dijaga;
menggembala menjaga, memelihara, memimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka; penggembalaan 1. perihal menggembala; 2. = tanah ~ tempat menggembala binatang;
penggembala orang yg menggembala, gembala.
gembala II
~ gajah sj burung, burung kambing, Platysumarus leucopterus; burung ~ kera sj burung, Eupetes macrocerus; burung ~ kerbau sj burung, Acridotheris tristis; burung ~ pelanduk sj burung, Pitta sordida; burung ~ rimau sj burung, burung kesumba, Harpactes oreskios
|