Ditemukan : 1622 Record
gembut I; bergembut-gembut, menggembut
bergerak turun naik (spt ubun-ubun anak yg baru lahir), berdenyut-denyut
gembut II
Pn bekas sirih yg dibuat drpd emas
gemelentam
bunyi dentam berkali-kali (spt bunyi meriam dll.)
gemeletak
bunyi spt bunyi gigi berkertak
gemeletap
bunyi spt bunyi kaki (apabila orang berlari)
gemeletek (gemeléték)
gementar keras, menggigil
gemeletuk
gemeletak
gemelugut
menggigil keras (kerana ketakutan, demam, dll.), gelugut
gemendit
ikat pinggang (drpd kulit, kain, dll.), kendit
gementam
berdentam-dentam (bunyi meriam dll.).
gementar
gentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dll): jangan berasa ~ melihat kekuatan seteru.
gemercak
bunyi spt bunyi air keluar dr pancuran dll.
gemercik
bunyi spt bunyi air memercik
gemerencang
bunyi spt bunyi pedang berlaga;
menggemerencangkan menyebabkan keadaan menjadi bising: bunyi papan kekuncinya ~ suasana selama beberapa jam.
gemerencing = bergemerencing
berbunyi spt bunyi rantai besi dll bersentuhan: pintu pagar besi yg ~.
gemerencung
bunyi lebih lembut drpd gemerencang
gemeresak
bunyi berdesir (spt pakaian direnyuk-renyukkan dll.)
gemeresik; bergemeresik
menggeresek (spt kain, kertas, dll direnyuk-renyukkan): pohon-pohon ~ dipuput bayu laut.
gemeretak, gemeretap
bunyi spt bunyi hujan menimpa atap dll: mesin taip kedengaran ~ spt bertih digoreng dr dlm biliknya.
gemeretup → gemeretuk
|