Kamis, 2 Juli 2026   |   Jum'ah, 16 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 163
Hari ini : 8.357
Kemarin : 24.405
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 38 39 40 41 42 >  Last ›
gemerlap = gemerlapan, bergemerlapan
berkilat-kilat, berkilauan: pakaiannya penuh bertabur dgn permata yg ~; di sana sini gemerlapan cahaya lampu neon; permata intan berlian yg bergemerlapan sinar-menyinar cahayanya.  
gemi; gemi-gemi
sj ikan laut, gedemi, tapak kasut, Remora spp.; kemi
gemia → rumia
gemik Mn; menggemik
memanggil seseorang dgn menguitkan jari, menggamit
gemilang

bercahaya terang-benderang, cemerlang: ia mengenang-ngenang zaman ~nya;  

kegemilangan keadaan bercahaya terang-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; gilang

gemilap

gilap-~ bercahaya, berkilap, berkilauan; kemilap; gilap

geming
Jk; bergeming berdiam sahaja, tidak bergerak
gemini
lambang ketiga dlm zodiak (lazimnya digambarkan sbg budak kembar)
geminte
Id bandar raya, kotapraja
gemirang
gembira, suka ria; girang
gemirap
berdebar-debar (hati), tidak tenteram (hati)
gempa

goncangan (bumi), lindu; ~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ sunting bunga ketar yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan;

menggempakan menggoncangkan, menggegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya.

gempak

bp cepat tersentuh atau melatah terhadap sesuatu (berita, peristiwa, dll). 

gempal

gemuk sedang, tegal, padat berisi: tubuhnya ~ dan berdaging pejal.  

gempar

heboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini;  

menggemparkan, mempergemparkan † 1. menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi;  

tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba-tiba: sidang ~;  

kegemparan perihal gempar

gempita

riuh, gempar; gegak-~ riuh-rendah; gegak

    
gempul; gempul-gempul
mengap-ngap, berkempul-kempul
gempur

diserang dan dibinasakan, dihancurkan: kena ~;  

menggempur menyerang dan membinasakan (musuh, pertahanan dll), menghancurkan: kapal terbang pengebom telah ~ kubu-kubu komunis di utara Malaysia;  

penggempuran perihal atau perbuatan menggempur: dua jurusan ~ direncanakan;  

penggempur (orang, pasukan, dll) yg menggempur; pasukan pasukan yg paling depan dlm perang

gemtur → guntur
gemuk

1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun: badannya ~ dan gagah; 2. lemak, minyak; ~ lembu lemak lembu; minyak ~ Id minyak pelicin mesin (roda dll); 3. Id subur, mengandungi banyak baja (tanah); 4. baja, pupuk;

~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk; ~ gempal gemuk tegap (badan); ~ metuk Kl gemuk dan sihat; ~ membuang lemak, cerdik membuang kawan prb Mn enggan bergaul dgn saudara-mara;  

menggemukkan 1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk; 2. membajakan;  

kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak;  

penggemukan perihal (proses, perbuatan, dsb) menggemukkan; 

penggemuk sesuatu yg menyebabkan menjadi gemuk

‹ First  < 38 39 40 41 42 >  Last ›