Kamis, 2 Juli 2026   |   Jum'ah, 16 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 112
Hari ini : 8.562
Kemarin : 24.405
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 39 40 41 42 43 >  Last ›
gemulah

Kl almarhum (orang yg telah meninggal), arwah

gemulung
= gulung-~ bergulung-gulung (asap rokok, ombak, dll), melingkar-lingkar; gajah ~gajah yg gadingnya bergulung
gemuruh

1. = bergemuruh berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;  

kegemuruhan keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an.  

gen (gén)
sebahagian drpd juzuk sel pd benda hidup, yg mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yg berkenaan
genah
Jw; tidak ~ tidak layak, tidak patut
genahar

keran besar (dibuat drpd tanah); ~ gunung kawah (gunung berapi)

genak
Kl tempayan (yg mulutnya luas) utk menyimpan beras
genang; bergenang, menggenang, tergenang
tidak mengalir, bertakung (air),berlinang (air mata): air di sawah itu ~, tidak meresap masuk ke dlm bumi; air matanya mulai menggenang; perempuan itu mengesat air mata yg ~ itu; 
genap

1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2,4,6, dsb): nombor rumah di sebelahkanan ~;  

dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugiempat gasal, li ~ prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat;  

segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat;  

menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia;  

menggenapkan mencukupkan, melengkapkan: perkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;  

penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap; barang-barang~ (Eko) barang-barang utk melengkapkan penggunaan barang lain

gencar → gence
gencat

1. macat, terhalang, terhenti (kemajuan, pekerjaan, dll); 2. bantut, kerdil (pokok, orang, dll);  

menggencat menghentikan, membantutkan; ~ senjata menghentikan tembak-menembak;  

menggencatkan menyebabkan tergencat: sistem pertanian tradisional hanya akan ~ usaha petani utk menambahkan pendapatan mereka;  

tergencat terhenti, terbantut: kalau pokok itu dianjak, tidak dapat tiada ia akan ~ dan layu;  

gencatan ~senjata (perang) keadaan berhenti bertempur, keadaan terhentinya atau persetujuan menghentikan pertempuran atau tembak-menembak, perletakan senjata

gencel (géncél)

unting-unting, rambu-rambu (pd pakaian kebesaran dll); se~ tali seutas tali

gencer

Jk 1. tidak putus-putus, terus-menerus (bunyi tembakan, ombak, dll); 2. sangat cepat; gencar

gencet I (gencét)

Jw; menggencet menghimpit, menekan, menjepit, menindih, menindas;  

tergencet terhimpit, terjepit, tertindas, tertindih;  

gencetan himpitan, tekanan, tindasan

gencet II (géncét)
Jw dempet, kembar (pisang, jari, dll). 
gencir
gelincir
gencok (géncok)
Kd; bergencok menari, berjoget
gencuk
Pn; menggencuk menumbuk padi dgn memutarkan antan
gendak

Jw perempuan belaan, kendak, gundik;  

bergendak, bergendakan bersuka-sukaan (dgn perempuan), berzina;  

menggendaki berzina dgn;   kendak

gendala

halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan;  

menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalang-halangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan;  

tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; 

kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan tapak bangunan.  

‹ First  < 39 40 41 42 43 >  Last ›