Ditemukan : 1622 Record
geniteri
sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus ganitrus
genius (génius)
sangat pintar (cerdik): dia memang ~;
kegeniusan keadaan atau sifat genius, kecerdikan (kepintaran) yg luar biasa: ~nya hampir sama spt manusia dlm bidang ketenteraan.
genjah
Jw; padi ~ padi yg cepat berbuah, padi radin
genjak
Kl; ~ telur pemukul telur (utk membuat kuih);
menggenjak memukul adunan (tepung, telur, gula, dll) supaya naik.
(génjak) → ganjak
genjala
tangkai kemudi, celaga
genjang (génjang)
1. herot, bengot, serong; ~-genjot erang-erot, menyerong-nyerong; 2. segi empat selari;
genjangan (Hut) perubahan bentuk permukaan keratan rentas kayu, yg asalnya berbentuk segi empat bujur, menjadi bentuk genjang yg herot semasa proses pengeringan kayu
genjer (génjér)
Id sj tumbuhan (tumbuh di rawa), Limnocharis flava
genjot (génjot)
genjang
genjur
kaku (rambut, daun kering), tegang (tali); keras~ sangat keras (hati dll)
genong
Kl palang pagar (drpd kayu, besi).
genotip (génotip)
(Bio) juzuk asas pd baka sesuatu individu
genre (génre)
kategori atau jenis karya sastera atau seni yg dicirikan dgn sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu: ~ sastera yg paling digemari ialah puisi, dgn mutu dan kecemerlangan yg dapat kita ungkapkan melalui persembahan teater atau yg lain
genta
1. loceng kecil-kecil (utk perhiasan gelang kaki, leher lembu, dll); 2. loceng besar (pd gereja dll);
~ alamat genta yg dibunyikan kalau terjadi sesuatu hal yg penting dlm negeri; anak~ pemukul loceng; menggerakkan (menggoyangkan) ~ membunyikan loceng;
bergenta mempunyai genta: perisainya ~.
gentak
sl hentak: dia pun dia ~ kuda hijaunya dia.
gentala
sl kenderaan yg bergerak sendiri; naga~ ukiran berupa naga pd roda kereta
gentar
1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut (bimbang dll): tidak ~ menyerang musuh;
bergentar, menggentar 1. bergoncang: sekitar daerah itu ~ kerana letupan bom; 2. gementar, menggeletar (kerana kesejukan, ketakutan, dll);
menggentari, mempergentari menyebabkan jadi gentar (takut), menakut-nakutkan: dia ~ pencuri itu dgn pistol mainan;
menggentarkan 1. menjadikan bergentar: letupan bom ~ seluruh badan; 2. menjadikan gentar, menakutkan: hal itu tidak ~ hatinya; 3. merusuhkan, menggemparkan: orang yg gelap itu ~ seluruh kampung;
gentaran goncangan: kaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom;
kegentaran 1. perihal gentar; 2. ketakutan;
penggentaran perihal menggentarkan (merusuhkan dll);
penggentar 1. sesuatu yg digunakan utk menggentarkan; 2. perusuh, pengganas; 3. pengecut
gentas
1. putus (kerana terpetik dgn kuku, bkn tangkai bunga, dll); 2. habis, berakhir; betik sudah~ a) pokok betik yg tidak berbuah lagi; b) prb orang yg tidak dapat menghasilkan apa-apa lagi;
menggentas 1. memetik dgn kuku (tangkai bunga dll), memutuskan; 2. mengakhirkan
gentat
lekuk ke dalam, kempis ke dalam
gentayangan
Jk berjalan ke sana sini, berkeliaran
gentek (génték)
Ph juga
|