Ditemukan : 1622 Record
generik (génerik)
1. (yg) umum; 2. berkaitan dgn ciri-ciri khusus yg dimiliki oleh sesuatu kelompok (golongan dll).
genesis I (génesis)
titik permulaan atau asal usul sesuatu (idea, tamadun, dll): ~ tentang kategori asas manusia dlm pemikiran.
genesis II (Génesis)
versi pertama Kitab Perjanjian Lama (Wasiat Lama) yg menghuraikan kejadian dunia
genetik (génetik)
(Bio) 1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut drpd satu generasi kpd generasi lain melalui gen; 2. bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu
geng (géng)
kumpulan pekerja, penjenayah, dll, gerombolan: rupanya ia sudah masuk ~ perompak.
genggam
kepalan tangan, cengkaman tangan utk memegang; ~-~bara memegang-megang sahaja;
segenggam banyak yg dapat dipegang dlm kepalan tangan: ~ tanah (beras); ~ digunungkan, setitik dilautkan prb sangat dihargai;
menggenggam 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia;
~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan);
menggenggamkan; ~ tangan mengepalkan tangan;
tergenggam tercengkam, terkepal;
barang ~ jatuh terlepas prb apa yg sudah diperoleh lenyap pula (menyatakan kemalangan);
genggaman 1. kepalan tangan; 2. benda yg digenggam dlm tangan; 3. = dlm ~ di bawah perintah (kekuasaan)
genggaman
1. kepalan tangan; 2. benda yg digenggam dlm tangan; 3. = dlm ~ di bawah perintah (kekuasaan)
genggang
celah, renggang; ~ lapis sj kuih dibuat drpd tepung;
tergenggang terbuka, terkuak: lantaran bagusnya bujukan mereka, ~lah pintu hatinya.
(génggang) sj kain yg bercorak berjalur-jalur atau dam
genggayang
sj tumbuhan (pokok dan daunnya dibuat ubat sakit kepala)
genggeng I (génggéng)
sj siput, Nautilus pompilius
genggeng II (génggéng)
Kl; tergenggeng terpaku, terpacak (kerana bingung)
genggong (génggong)
sj alat muzik yg dibuat drpd besi (dawai dsb), dan dibunyikan dgn memetik lidahnya sambil menekannya pd mulut, harmonika, bangsi
genggulang
buluh yg dibelah pangkalnya utk dibuat sangka-sangka (tempat pemujaan atau semahan pawang)
gengseng (géngséng)
sj periuk besar drpd logam tempat memasak nasi dll.
gengsi (géngsi)
1. kaum kerabat, sanak-saudara, keturunan; 2. kehormatan dan pengaruh
gengster (géngster)
ahli atau anggota kumpulan penjenayah atau samseng
genih, genik, genis
gading gajah betina
genit
1. Id suka bergaya, banyak tingkah, keletah: gadis manis tetapi ~; 2. kecil dan lincah lagi menarik (bkn gadis);
kegenitan perihal genit
genital (génital)
(Bio) bkn organ pembiakan atau alat kelamin
genitalia (génitalia)
(Bio) organ dan struktur pembiakan (manusia dan haiwan) yg biasanya terdapat pd luar tubuh
|