Ditemukan : 610 Record
hop
IB 1. ketua, lurah; 2. = hop-daktur bp ketua pengarang
hopbiro
IB ibu pejabat polis
hopmandur
Id, bp ketua mandur, ketua tandil
horas (Batak)
sr kata utk mengatakan giat, keras, kuat, hidup
hordeng (hordéng)
IB langsir, kain yg dipasang pd tingkap (pintu), tirai tingkap (pintu dll)
hore (horé)
sr kata utk menyatakan rasa suka atau mengejek: ~ kita menang.
horizon
lingkungan atau batas (pengetahuan minat, pengalaman, persepsi, dsb): kanak-kanak remaja harus diberi ~ yg lebih luas.
horizontal
mendatar: garis ~.
hormat
1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat);
berhormat mempunyai kedudukan yg dihormati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; Yang B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; Yang Amat B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri;
berhormat-hormatan, hormat-menghormati saling memberi hormat;
menghormati 1. memberi (melahirkan, menaruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hormatilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, menjunjung tinggi, memuliakan: aku ~ pendapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg dipercayai dan dihormati; ia dihormati dan ditakuti oleh anak-anak kapal;
terhormat (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk pembesar-pembesar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting dan ~;
kehormat 1. yg dihormati dan diraikan: tetamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium;
kehormatan 1. pemberian hormat (penghargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dikebumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gebang) yg didirikan utk menyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~ ; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh masuk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial;
penghormatan perihal atau perbuatan menghormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhannya;
penghormat 1. yg menghormati; 2. yg dibuat (dipakai) kerana menghormati: barisan ~.
hormon
bahan kimia yg dikeluarkan dlm kelenjar endokrin dan mempunyai kesan ke atas kegiatan organ-organ lain
horologi
seni membuat jam
horoskop
1. gambar rajah kedudukan bintang-bintang dua belas (zodiak) utk tujuan meramal nasib masa depan seseorang; 2. ramalan tentang masa depan seseorang berdasarkan kedudukan bintang-bintang ketika dia dilahirkan
hortikultur
sains atau seni penanaman bunga, buah-buahan, dan sayur-sayuran
hos I
tiub yg dibuat drpd getah dsb utk menyalurkan cecair atau gas
hos II
1. seseorang (spt tuan rumah dsb) yg meraikan tetamu (dlm sesuatu majlis, upacara, dsb); 2. orang yg mengacarai sesuatu persembahan, program televisyen, dsb, pengacara
hoskut → huskot
hosp.
kep Hospital
hospital
tempat pesakit diberi jagaan dan rawatan perubatan, pembedahan, dll, rumah sakit; ~ gila tempat merawat orang sakit otak (gila); ~ T.B. tempat merawat orang yg menghidap penyakit tibi (batuk kering)
hostel (hostél)
bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama
hosti
roti suci (yg dipersembahkan dlm korban Missa) Roman Katolik
|