Ditemukan : 610 Record
hotak
kepala ~ bk, bp satu makian
hotel (hotél)
bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat;
perhotelan urusan bkn hotel
hotiar
Kd, bp cerewet; banyak ~ cerewet sangat
hoverkraf
sj kenderaan yg boleh meluncur di atas permukaan air atau darat
hua
Ar dia, ia (lelaki)
hubah
Ar cinta, kasih sayang, suka
hubaya; hubaya-hubaya
sl 1. kata utk memperteguh nasihat (tegahan, teguran, dll), tidak boleh tidak, sekali-kali: ~ yg kata hamba ini jangan tidak diturut supaya saudara hamba sukacita dan sentosa; 2. sl kata utk menguatkan harapan atau doa, hendaknya, mudah-mudahan: marilah kita berdoa kpd Allah ~ janganlah datang lagi bala itu; 3. lebih-lebih lagi, terlebih lagi, tambahan lagi, terutama lagi (pula): akan tetapi lama-kelamaan ~ setelah didengarnya sindiran ibunya sendiri yg tajam-tajam lagi, ia pun insaf akan dirinya.
hubub, hububan
Ar hembusan, puputan, tiupan
hubung kait
hubungan dan perkaitan, pertalian: negara kita sentiasa dinilai dr sudut keselamatan dan ~nya dgn cara hidup atau penghidupan kita;
menghubungkaitkan mengadakan (per)hubungan dan perkaitan, mengadakan pertalian (antara dua unsur, kegiatan, perkara, dll), memperkaitkan, mempertalikan: kedua-duanya, hal-hal yg berkaitan dgn masyarakat umum, dan kegiatan kokurikulum di kampus, sering dihubungkaitkan.
hubung; berhubung
menghubungkan 1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;
hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk mempereratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini berkenaan apa yg telah dinyatakan (diterangkan) atau yg sedang dibincangkan;
~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatic hubungan dgn perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-negara di dunia; ~ dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati;
sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn;
perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai perantaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dan Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian ~ kementerian yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dan China semakin genting; perkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalamnya; ~ darah pertalian kekeluargaan;
penghubungan perihal atau perbuatan menghubungkan;
penghubung (alat, orang, dll) yg menghubung(kan); kata ~ kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~ garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id pegawai perhubungan
1. berangkai, bersambung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi telefon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain;
~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersambung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain);
berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; P.M. menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn P.M. Komanwel; 3. saling berhubungan;
menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah;
menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;
hud
bumbung kereta yg boleh dilipat
hudai
orang ~ orang asli yg tinggal di Kedah dan Perak
hudhud
Ar sj burung, burung belatuk
hudud
Ar 1. (jamak bagi had) batasan atau peraturan; 2. hukum yg telah ditetapkan oleh Allah yg tidak boleh diubah-ubah oleh manusia, spt hukum zina, murtad, dan minum arak
huh
sr kata yg menyatakan rasa terkejut atau menempelak (mengejek): ~, sudah dua orang anak masih mempercayai benda-benda karut.
hui
sr kata yg menunjukkan kesedihan (sesal dll)
huis Kd → haus II
hujah I
Ar fitnah;
menghujah memfitnah
hujah II
Ar pendapat berserta alasan yg diberikan sbg menyokong atau menentang sesuatu pendirian (pandangan dsb): masing-masing mengemukakan ~ yg kuat;
berhujah mengemukakan (memajukan) hujah: mereka ~ tentang manusia dan kemanusiaan, tentang dunia, dan keduniaan;
menghujah memberi hujah (sewaktu menentang atau menyanggah pendapat orang lain): “tahan macam mana?” Haron ~;
menghujahkan memberikan hujah, mengemukakan pendapat (pandangan, alasan): beliau ~ bahawa ancaman dr kelalaian diri itu adalah lebih berbahaya;
hujahan hujah: adanya pentafsir belum menjamin ketepatan maklumat dan ~ yg diketengahkan;
penghujahan perihal memberikan hujah tentang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu: keupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan ~ sesuatu persoalan;
penghujah orang yg mengemukakan hujah (biasanya dlm perbahasan): ~ pertama bagi pihak pencadang dan pihak pembangkang perlu menggulung perbahasan masing-masing.
hujan angin; menghujananginkan
membiarkan kena hujan dan angin, tidak mempedulikan hujan dan angin
|