Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 1.262
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›
jana menjanakan

menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga;  

terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil;

penjanaan perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; 

penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk menjanakan (kuasa dll): alat ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia.  

jana kuasa
alat yg menghasilkan tenaga elektrik;  
janabat Ar → junub
janda I

orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian; 

~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pengantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengannya; ~ kepulangan minuman yg dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn suaminya;

laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi pemalu;  

berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda;  

sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi; 

menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi): Lah akan ~ sampai ke mati;  

kejandaan keadaan menjanda

janda II
~ baik sj tumbuhan (pokok besar), balung ayam, melumak, Pentace triptera.  
jangak I = penjangak

orang yg berkelakuan tidak senonoh (cabul, jahat); perempuan ~ perempuan lacur;  

menjangak 1. hidup secara tidak senonoh; 2. berzina

jangak II

jangak II   Kl cantik, kacak

jangan

kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (membuat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, barangkali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti;  

jangankan usahkan: ~ hendak makan, minum pun dia tak mahu;  

menjangankan † menegah, melarang

jangan-jangan
entah-entah, entahkan, barangkali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti;
janganan
sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng)
jangar
sj penyakit, pening kepala
jangas
sj ikan, bandang, Chanos chanos
jangat I

1. kulit (rotan, kayu, dll) di luar; 2. kulit rotan yg sudah diraut (utk dibuat tikar dll); 3. kulit haiwan atau manusia; 4. Jw tali yg dibuat drpd kulit;  

akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gueh, akar sarik, akar sejangat, akar sekuiet, Spatholobus ferrugineus; keras ~nya kebal; makan ~ sangat miskin, papa; tebal ~nya tidak berperasaan;  

~ liat kurang panggang prb keras hati, tidak dapat diajari; tinggal ~ pemalut tulang prb sangat kurus; 

menjangat, menjangati, menjangatkan membersihkan atau melicinkan rotan yg telah dibelah, menguliti, meraut: tolong jangatkan rotan ribu yg aku belah tadi;  

penjangatalat utk menjangat: pisau ~.  

jangat II
Kl menekan perut ketika hendak melahirkan anak
janggai I

kuku palsu drpd perak atau suasa (dipakai oleh penari)

janggai II
bentuk badan yg tinggi dan kurus kering (biasanya orang lelaki): setelah pulih drpd sakit, badannya yg dulunya gemuk berubah menjadi ~. 
janggal I

 tidak sedap dilihat (didengar), canggung, tidak sesuai (tepat), tidak selaras: bunyinya agak ~; kekasaran seorang isteri sangat ~ nampaknya kerana makhluk wanita ini sebenarnya serba lembut;

menjanggalkan menyebabkan (menjadikan) janggal, membuat sesuatu yg janggal, menganggap janggal, mencanggungkan;  

kejanggalan 1. perihal janggal, kecanggungan; 2. sesuatu yg janggal: memang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan.  

janggal II
Kl tidak lekat pd tempurung (isi buah kelapa)
janggi I
1. orang Habsyi (berkulit hitam dan pd amnya tinggi dan besar); 2. ki segala sesuatu yg ajaib (benda dll);  
janggi II
~ padang sj tumbuhan (pokok renek), akar bunga, pokok hujan panas, saga, Breynia reclinata; pauh ~ sj buah, nyiur laut, Lodoicea maldivica
‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›