Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 2.200
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›
janggul
sj ikan laut, Dussumieria hasselti
janggus

sj tumbuhan (pokok dan buah), gajus, jambu golok, jambu monyet, Anarcardium occidentale

janggut I

1. bulu yg tumbuh di dagu; 2. Jw dagu; ~ labium (Bio) janggut berhampiran mulut (pd Artropoda spt udang dll); kebakaran ~ bp dlm keadaan bingung; pak ~ ki orang Benggali; sebesar ~ udang Kl ki perihal sedikitnya (halusnya) emas yg dipunyai;  

berjanggut mempunyai (memakai) janggut; sungguh ~ tiada berjubah prb tidak sempurna syarat

janggut II
1. ~ keli a) sj tumbuhan, geronggang semut; b) sj tumbuhan, bongbong; 2. ~ rimau sj tumbuhan, bunga kawah; akar ~ baung sj tumbuhan (pokok memanjat), Pterisanthes polita; 3. rumput ~ ali sj rumput yg tinggi, Panicum sarmentosum; rumput ~ kuau sj rumput tinggi, rumput purun batu, rumput serai jantan, Fimbristylis aestivalis;  
jangka I

1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta dll); 2. alat utk memotong daun mengkuang menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dll);  

~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ hayat jangka masa atau tempoh hidup seseorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); ~ halus alat utk mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ lajualat utk menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~ tekanan alat utk menyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas alat utk menyukat tekanan gas, manometer; ~ tinggi alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolokalat utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan menentukan jarak jauh; ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hidrometer

jangka II

= ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa);       

berjangka mempunyai jangka (waktu, rancangan); ~ panjang (pendek) mempunyai ketentuan waktu yg lama (singkat); 

menjangka, menjangkakan 1. menetapkan waktu (ukuran) atau apa yg harus dikerjakan (dan masanya): pekerjaan itu dijangka siap dlm masa satu tahun; 2. menduga, menyangka: hujan sudah berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan;  

jangkaan apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan: pertemuan ini pun di luar ~ sama sekali.  

jangka III

harapan, niat, tujuan: ~ teman makan anak-beranak lepaslah;  

menjangka mengharapkan: dia mencuba menenangkan fikirannya itu dgn berbagai-bagai alasan yg dijangka dapat memujuk hatinya.  

jangkaan

apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan: pertemuan ini pun di luar ~ sama sekali.

jangkah

langkah: ~nya panjang;  

menjangkah melangkah

jangkak

sj tumbuhan (pokok), jangkang betina, Xylopia ferruginea.  

jangkang I = terjangkang

berjalan dgn kaki terbuka luas, terkengkang, terkangkang: perempuan itu jatuh ~; 

menjangkang 1. berjalan dgn kaki terbuka luas, melangkah lebar-lebar; 2. bp mati dgn kaki terkangkang

jangkang II
= ~ betina = ~ merah = ~ paya sj tumbuhan (pokok), jangkak, Xylopia ferruginea; ~ paya sj tumbuhan (pokok), bunga campa paya, merabung bukit, Vernonia javanica
jangkap

jangkap   Jw † genap, lengkap

jangkar I
akar yg bercabang-cabang di atas tanah (spt akar pandan, bakau, dll); bakau ~ sj pokok bakau, Rhizophora mucronata
jangkar II

jangkar II   sauh

jangkarit
alat utk melukis bulatan yg besar
jangkat I
1. bahagian yg cetek (di sungai) tempat orang menyeberang (memandikan kerbau, dll); 2. cetek, dangkal: sungai-sungai ini sudah menjadi cetek atau ~ hingga setiap kali turun hujan lebat airnya melimpahi tebing
jangkat II

jangkat II   sj bakul

jangkau; menjangkau

1. menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu: dia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dlm kocek; ~ langit sangat tinggi (bangunan, menara, dll); 2. ki mencapai, mencakupi; ~ sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk mencapai maksudnya);  

menjangkaui melangkaui, melepasi: dgn akal manusia ~ tembok-tembok alam semula jadinya;  

terjangkau 1. tercapai atau dapat (apabila dijangkau); 2. tertafsir: dia cuba mencapai kebahagiaan yg ketinggiannya tidak ~ oleh pemahaman;  

jangkauan 1. hasil atau gerakan menjangkau: ia mengelakkan beg suratnya drpd ~ orang itu; 2. cakupan: ~ Islam tidak terbatas kpd alam kebendaan sahaja;  

penjangkauan perbuatan menjangkau;  

sejangkauan, sepenjangkauan sejauh dapat dijangkau dgn tangan, jengkau, jingkau

jangkerik
sj serangga (spt belalang), cengkerik, keridik
‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›