Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 2.194
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 10 11 12 13 14 >  Last ›
jangkih I
~ -mangkih tidak teratur, tidak keruan, jongkang-jangking
jangkih II

1. tali yg digunakan utk menggalas ambung; 2. sj keranjang, ambung;  

menjangkih menggalas (menyandang) dgn ambung

jangkir
jari (kuku) burung dll yg letaknya di sebelah belakang
jangkit; berjangkit, menjangkit

 1. berpindah drpd seorang kpd seorang, menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya;  

berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dll);  

menjangkiti menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai;

menjangkitkanmenularkan, merebakkan: ~ penyakit dgn jalan menyuntik;  

terjangkit dihinggapi penyakit dsb, dijangkiti, kejangkitan: umbai yg ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu keadaan yg diketahui sbg radang umbai;  

jangkitan kejadian (penyakit dsb) berjangkit; 

kejangkitan dihinggapi penyakit (yg berjangkit), ketularan: dia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit;  

penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dsb) menjangkit: ~ penyakit itu tidak berhasil; sudah cukup utk menyebabkan ~ yg parah hingga boleh merugikan petani;  

perjangkitan perihal berjangkit; 

penjangkit yg menyebabkan berlakunya jangkitan, yg menyebabkan penjangkitan: nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini mempunyai tempat biak yg tersendiri.  

jangkung

1. sj burung yg berkaki panjang; 2. tinggi dan kurus serta bongkok sedikit (badan orang);     

jangkungan
dua batang kayu (tongkat) yg bertakuk atau mempunyai tempat letak kaki sbg tempat berdiri (permainan kanak-kanak supaya menjadi tinggi)
jangla
suka merayau, liar
janguk

Kl cantik, kacak, lawa;  

berjanguk berhias, bersolek

janik
sj binatang laut spt teripang, kulitnya berduri-duri, babi laut
janin

(yg masih dlm kandungan) lembaga, mudigah (manusia) yg cukup sifat

janjang

Mn tangga;  

berjanjang 1. bertangga; 2. melalui tangga (naik atau turun); ~ naik, bertangga turun prb menurut darjatnya masing-masing, menurut peraturan yg biasa

janji

1. pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu: engkau mesti menepati ~ yg kau buat dahulu; dlm ~ bertunangan; menepati ~ membuat (menunaikan) apa yg telah dijanjikan; mengikat ~ membuat janji; pecah ~ tidak dapat menepati janji, memungkiri janji; sampai ~ dapat menepati (menunaikan) janji; 2. syarat, ketentuan, tuntutan; dgn ~ dgn syarat; 3. pengunduran waktu, tangguh, penundaan: kalau awak tidak berkeberatan, saya meminta ~ empat bulan utk membayar hutang awak itu; 4. ajal, had, waktu; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati; 

~ temu persetujuan utk bertemu janji atau yg telah diatur dan ditetapkan terlebih dahulu antara pihak-pihak yg terlibat;

~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh prb sudah sampai ajal; adat diisi, ~ dilabuh prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan);  

berjanji membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya;  

menjanjikan 1. berjanji utk memberi (membuat dsb) sesuatu: bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm peperiksaan itu; 2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jambatan yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani;  

memperjanjikan † menjanjikan;  

perjanjian 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ perdagangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil

janka
sj tumbuhan (pokok renek), manik-manik hutan, telinga rusa, Lasianthus maingayi
jannah, jannat
Ar syurga, taman firdaus
jannatunnaim
Ar syurga yg nikmat 
jantan

1. jantina yg tidak boleh membiak (beranak) (utk binatang, tumbuhan-tumbuhan, dll): ayam ~; betik ~ betik yg hanya berbunga tetapi tidak berbuah; 2. ki (orang yg) berani, gagah: siapa yg ~ antara kamu, datanglah ke hadapan; 3. ki mempunyai sifat laki-laki (besar, panjang, dsb); busut ~ busut yg besar serta lancip; embun ~ embun yg titiknya besar (kasar); 4. bahagian alat atau perkakas yg direka bentuk utk dimasukkan ke dlm lubang atau soket (bahagian betina); kasau ~ kasau yg letaknya di sebelah atas; pahat ~ pahat yg lancip tajam; 5. bp lelaki yg dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya; 

berjantan ki bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dgn orang laki-laki;  

menjantani melakukan persetubuhan (bkn binatang);  

kejantanan perihal jantan: tengkorak mangsa ngayau menjadi lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu.  

jantang I; berjantang, menjantang
jelas kelihatan (bkn urat dll), lantang
jantang II
kaki ~ kaki bengkok (bkn kaki kuda)
jantayu → jentayu
jantina

jenis kelamin (laki-laki atau perempuan); dua ~dua jenis kelamin, pondan;  

sejantina 1. (bagi tumbuh-tumbuhan) bunga jantan dan bunga betina terdapat pd pokok yg berasingan; 2. (bagi binatang) benih jantan dan benih betina yg dihasilkan oleh jenisnya masing-masing;  

kejantinaan keadaan jantina (sama ada laki-laki atau perempuan), jenis kelamin: meminda perlembagaan utk menghapuskan beza-membeza yg berdasarkan ~. 

‹ First  < 10 11 12 13 14 >  Last ›