Ditemukan : 1135 Record
jarum II
~ hutan sj tumbuhan (pokok), kayu tajam, segading jantan, meroyan, Ixora grandifolia; ~ merah sj tumbuhan (pokok renek), mata pelanduk, kepayang air, Ixora arguta; bunga ~ sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum, gading-gading, Pavetta indica; rumput ~ sj rumput yg buahnya tajam-tajam;
jarum-jarum = jejarum
~ merah sj tumbuhan (pokok), jejarum merah, menjarum merah, siantan hutan, Ixora concinna
jarwa
Jw † terjemahan ke dlm bahasa Jawa Baru drpd bahasa Jawa Kuno (Kawi)
jas
IB = baju ~ baju yg digunting mengikut potongan Eropah; jenis-jenisnya: ~ buka; ~ hujan; ~ tutup
jasa
pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menyelesaikan sesuatu perkara;
berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga;
menjasai † menghargai;
keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh
jasad
Ar sesuatu yg wujud sbg lwn roh, badan, jisim, tubuh: ~ aku masih hidup tetapi roh aku telah melayang; ~ renik † benda hidup yg kecil-kecil
jasadi
Ar mempunyai sifat jasad, perihal jasad
jasmani
Ar 1. badan, tubuh; 2. bkn badan (tubuh) atau benda (lwn rohani); pendidikan rohani dan ~ pendidikan batin dan badan;
kejasmanian perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sahaja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral.
jasmaniah
Ar kejasmanian: walaupun secara ~ manusia itu terikat, namun secara rohaniah ia bebas.
jata
lambang kebesaran negeri atau negara: ~ kebesaran negeri Terengganu.
jatah
Id jumlah yg diperuntukkan bagi sesuatu maksud (spt barang yg harus dikirim ke suatu tempat, orang yg boleh naik haji pd tahun tertentu, dll)
jati I = sejati
asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~;
kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah; Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi kenyataan jujur ataupun asli;
penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll);
~ awak, kepantangan orang prb perihal orang yg mempunyai pendapat yg bertentangan dgn pendapat orang ramai; ~ bulan, padi rebah prb sesuatu yg selalu dicita-citakan
jati II
sj tumbuhan (pokok) yg kayunya baik utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis; hutan ~ hutan yg terdiri drpd pokok jati; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius; ~ laut sj tumbuhan (pokok), se(n)tada, Podocarpus polystachyus
jatik
kayu ~ sj tumbuhan (pokok), cematung merah, medang manik, Elacocarpus jackianus
jatuh
kayu ~ sj tumbuhan (pokok), cematung merah, medang manik, Elacocarpus jackianus
jatuh 1. turun ke bawah dgn cepat, (bkn buah, daun, rambut, dll) gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, tersungkur, tertiarap); pandai ~ dapat mengelakkan celaan (kritikan dll); 2. (bkn harga, nilai, dll) menjadi kurang, turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. (bkn matahari) terbenam: di sebelah matahari ~;4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, bertepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tumbang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);
~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pangkat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh kesenangan (kekayaan dll); b) walaupun mendapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id mendapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (waktunya);
~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (diharapkan); biar ~ terletak, jangan ~ terhempas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut;
berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll);
dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba;
menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman;
menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, menumbangkan: parti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis;
~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd menghukum, menangani;
terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja);
~ dihimpit jenjang prb berturut-turut mendapat kesusahan;
kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan)
jauh
1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini;
~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~ drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya;
~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawapan atau sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~ maka dipanggil prb telah terlambat;
sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata;
jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu;
berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati; b) segan-segan;
berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain;
berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari: mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh;
menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh);
menjauhi menjaga supaya jauh dr, menghindari: orang kampung berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya;
menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri;
kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh
jauhar
Ar 1. sl permata, intan; 2. † mani, benih manusia
jauhari
Ar 1. sl tukang (saudagar) permata; 2. cerdik pandai, ahli;
~ juga yg mengenal manikam prb hanya orang yg bijak sahaja yg mengetahui tentang keelokan ilmu
jaundis
(Ubat) penyakit yg menyebabkan kekuningan pd kulit dan mata putih akibat meningkatnya pigmen hempedu di dlm darah
jaur; berjaur
Sr pergi ke mana-mana tanpa arah tujuan: ibu selalu memarahi kakak kerana suka ~ dr pagi hingga ke petang.
|