Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 3.798
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 14 15 16 17 18 >  Last ›
jawa I

gula ~ gula kelapa; tembakau ~ sj tembakau dr Jawa

jawa II
asam ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Tamarindus indica
jawa III

burung ~ sj burung, Aceros plicatus subruficollis

jawa IV

Kl antara mahu dgn tidak

jawab

balasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~ pertanyaan dan jawapan mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb);  

berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih belum ~ lagi;  

menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun;  

terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawapannya atau penjelasannya; 

jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut;  

penjawab orang yg menjawab: sepuluh soalan yg meminta ~ mengenal jenis-jenis kata.  

jawang

sj binatang, biawak pohon; jiawang

jawat

jabat, pegang;  

sejawat 1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan, sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun;  

berjawat berjabat, berpegang; ~ tangan berjabat tangan, bersalaman;  

menjawat 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2. menyambut, menerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir; 3. menjabat, menerima sesuatu kedudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang;  

jawatan 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yg lalu; meletakkan ~; 2. sl tanda atau alat kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana, bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg dipegang (dibawa dll);  

~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dll);  

berjawatan 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~ kerani di pejabat pos; 2. =~ tinggi berpangkat tinggi;  

perjawatan (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan (pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan Perkhidmatan Awam;  

penjawat sl 1. penjabat, pemegang jawatan; ~ istana pekerja (pegawai) dlm istana; 2. hamba (biasanya wanita) yg melayani di istana

jawatan kuasa
sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia
jawawut

Jw sekoi, Panicum viride

jawen
(jawén) Id; Quran ~ † terjemahan kitab Quran; jawi I
jawi I

Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu; masuk ~ berkhatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut); tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf jawi;  

menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalihkan (mengubahkan) kpd tulisan jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan rumi.  

jawi II

lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi;  

bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelanprb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu ditimbangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat

jawi III; jawi-jawi, jejawi
sj tumbuhan (pokok), beringin, kelat sega, Ficus benjamina
jawil Jw; menjawil

mencolek, menggamit, menyentuh dgn jari (supaya mendapat perhatian)

jaya

1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. = berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~; 

berjaya menang, berhasil, mencapai kemajuan, dll: tidak ada harapan cita-citanya akan ~;  

menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan;  

kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pelajaran barulah hal rumah tangga dirancangkan.  

jayeng (jayéng)
Jw, sl menang (atas); ~ seteru menang atas musuh
jaz

Ar tanda baca yg dipakai utk huruf Arab (°) diletakkan di atas huruf benar utk menunjukkan bahawa huruf itu mati (tidak dibunyikan lagi);  

menjazamkan 1. memotong, mengerat, memenggal; 2. memutuskan, menentukan: segala harta dan hak kepunyaanku telah kujazamkan, iaitu kuserahkan supaya dibahagikan dua pertiga daripadanya kpd Puan Normah.

jazirah
Ar semenanjung: ~ Arab
jB
kep Johor Baharu
jean (jéan)

 seluar panjang drpd kain yg tebal dan tahan lasak, dan dipakai secara kasual; 

berjean memakai jean: dia ~ biru dan berbaju batik.  

‹ First  < 14 15 16 17 18 >  Last ›